Assalamualaikum diucapkan kepada para pelajar dan pengunjung blog ini semoga senantiasa berada dalam situasi yang baik hendaknya.

Sudah beberapa hari penulis tidak membuka blog dan mengemaskinikannya kerana sibuk dengan kejohanan hoki di Kuala Terengganu. Pada kesempatan ini penulis ingin berkongsi maklumat tentang kejohanan yang melibatkan pasukan penulis.

Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh Zon Timur yang berlangsung di Kuala Terengganu pada 2 – 4 April 2010 di Stadium Hoki MBKT Batu Burok dan Stadium Hoki Kompleks Sukan Gong Badak melibatkan 12 buah sekolah berasrama penuh zon Timur iaitu:

  1. SMS Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan.
  2. SMS Machang, Kelantan.
  3. SMS Pasir Puteh, Kelantan.
  4. SMS Sultan Mahmud, Terengganu.
  5. SMS Dungun, Terengganu.
  6. SMS Kuala Terengganu, Terengganu.
  7. SBPI Batu Rakit, Terengganu.
  8. SBPI Kuantan, Pahang.
  9. SBPI Temerloh, Pahang.
  10. SMS Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang.
  11. SMS Tengku Abdullah, Pahang.
  12. Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang.

Dalam kategori bawah 16 tahun lelaki, pasukan yang dilatih penulis iaitu SMS Tengku Muhammad Faris Petra diletakkan dalam kumpulan B bersama-sama dengan pasukan SMS Dungun dan SBPI Temerloh.

Keputusan Pusingan Awal:

  • SMS Tengku Muhammad Faris Petra Vs SMS Dungun: 1 – 0
  • SMS Tengku Muhammad Faris Petra Vs SBPI Temerloh: 1 – 0

SMS Tengku Muhammad Faris Petra muncul sebagai johan kumpulan B

Keputusan Pusingan Suku Akhir:

  • SMS Tengku Muhammad Faris Petra Vs SMS Sultan Mahmud: 8 – 0

Ketika di peringkat suku akhir, pasukan bimbingan penulis telah menemukan rentak dan berjaya mempamerkan mutu permainan yang tinggi dan meyakinkan.

Di peringkat separuh akhir, SMS Tengku Muhammad Faris Petra telah berhadapan dengan pasukan dari Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah yang telah dua kali disekat oleh pasukan penulis di peringkat separuh akhir pada tahun 2009 dan 2008 dalam kejohanan yang sama.

Pada kali ini, pasukan bimbingan penulis telah tewas dengan jaringan gol pada minit terakhir setelah terikat 1 – 1 sehingga hampir tamat masa perlawanan. Pasukan penulis akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan 1 – 2 kepada Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah.

Keputusan penuh perlawanan Kategori Perempuan bawah 16 tahun:

Keputusan Pusingan Awal:

  • SMS Tengku Muhd Faris Petra Vs SBPI Temerloh: 3 – 0
  • SMS Tengku Muhd Faris Petra Vs SBPI Kuantan: 3 – 0

Keputusan Pusingan Suku Akhir:

  • SMS Tengku Muhd Faris Petra Vs SMS Sultan Haji Ahmad Shah: 1 – 0

Keputusan Pusingan Separuh Akhir:

  • SMS Tengku Muhd Faris Petra Vs SMS Dungun: 0 – 2

Dengan keputusan itu kedua-dua buah pasukan hoki bimbingan penulis berada di tempat ketiga dalam kejohanan tersebut. Penjaga gol pasukan perempuan iatu saudari Jannah telah dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik kejohanan.

Advertisements