Kata sendi ialah kata yang bertugas sebagai penghubung kata nama dengan kata lain dalam sesuatu ayat.

Kata sendi tidak boleh dieja rapat dengan kata nama yang mengikutnya:-

  • kekedai  X
  • ke kedai  √

Kata sendi tidak boleh digunakan secara berturutan:-

  • oleh kerana  X
  • demi untuk  X
  • demi kerana  X
  • selain dari  X
  • selain daripada  X
  • sejak dari  X
  • selain untuk  X
  • kerana untuk  X

Kata sendi hingga, sampai, di   dan ke dikecualikan daripada peraturan di atas dan boleh digunakan berturutan. Lihat contoh di bawah:-

  • Dari pagi hingga ke petang dia tidur.
  • Dia sampai di Kota Bharu pada pukul 3 petang.
Advertisements