Selepas selesai sahaja Kejohanan Hoki SBP Zon Timur di Kuala Terengganu, penulis sekali lagi terpaksa meninggalkan kelas kerana mengikuti Kursus (KPKI) IPG Kampus Kota Bharu.

Kursus Pengajaran Bahasa Melayu Menggunakan e-pembelajaran dan e-kamus ini ialah salah satu Program Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) yang berlangsung pada 6 – 8 April 2010.

Walaupun agak keletihan dan memerlukan rehat, namun kerana tanggungjawab dan tugas, penulis akan berusaha mengikuti kursus dengan sebaik mungkin.

Advertisements