Archive for April 7, 2010


Merujuk Kamus Dewan Edisi keempat, bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.

  • Bahasa baku > bahasa yang teratur dan mantap dari pelbagai aspek seperti ejaan, bentuk kata, tatabahasa dan lain-lain yang diterima sebagai norma penggunaan yang betul dan sahih.
  • Bahasa daerah > bahasa yang yang menggunakan loghat daerah.
  • Bahasa halus > bahasa atau perkataan lain yang lebih lembut dan sopan agar tidak menyentuh perasaan orang lain.
  • Bahasa ilmu > bahasa yang mampu menjadi perantaraan bagi proses penyampaian ilmu pengetahuan ke peringkat tinggi.
  • Bahasa isyarat > cara berkomunikasi yang tidak menggunakan ucapan tetapi menggunakan gerak isyarat anggota tertentu.
  • Bahasa pasar > bahasa seperti yang dituturkan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasai bahasa Melayu yang betul / bahasa yang bercampur aduk antara bahasa Melayu dengan bahasa ibunda penutur.
  • Bahasa ibunda > bahasa sendiri yang dipakai sejak kecil.
  • Bahasa rasmi > bahasa pentadbiran kerajaan.
  • Bahasa kebangsaan > bahasa yang diterima dan diguna ramai oleh penduduk dalam sesebuah negara yang mempunyai beberapa bahasa atau loghat yang lain.
  • Bahasa kesat > bahasa kasar dan tidak sopan.
  • Bahasa pengantar > bahasa yang digunakan sebagai alat perhubungan atau komunikasi dalam pengajaran di sekolah.
  • Bahasa rojak > bahasa yang bercampur aduk iaitu dari segi kata; sekejap Melayu sekejap Inggeris.
  • Bahasa komputer > bahasa pengaturcaraan untuk operasi komputer.
  • Bahasa lisan > bahasa seperti yang digunakan sewaktu bercakap.
  • Bahasa dalam > bahasa kehormatan / bahasa istana.

Mengesan kesalahan pada kata dan frasa yang bergaris.

12. Sultan yang ditabalkan(A) sebagai Yang di-Pertuan Agong tinggal(B) di Istana Negara yang terletak di ibu negara(C). Tiada kesalahan(D).

11. Banyak(A) kanak-kanak di kampung(B) itu tidak bersekolah kerana kesempitan(C) hidup. Tiada kesalahan(D).

10. Oleh sebab(A) ayah tidak turun(B) ke laut, keluarga kami makan nasi berlaukkan(C) dengan ikan kering sahaja. Tiada kesalahan(D).

9. Cikgu terlatih(A) daripada Institut Pendidikan Guru Kota Bharu sedang menjalani(B) latihan praktikal di sekolah saya semenjak(C) sebulan yang lalu. Tiada kesalahan(D).

Jawapan:

  • 9  > A (pelatih)
  • 10 > C (berlauk)
  • 11 > D
  • 12 > B (bersemayam)

Tanggal 7 April setiap tahun merupakan tarikh bersejarah dalam hidup penulis kerana pada hari inilah penulis dan keluarga meraikan hari ulang tahun perkahwinan, dan tahun 2010 ini genaplah 22 tahun penulis dan isteri melayari kehidupan berkeluarga.

Bersama-sama isteri dan anak bongsu yang tersayang, penulis menadah tangan memohon doa serta mengucap syukur atas nikmat yang dikurnia oleh-Nya. Kepada anak-anak yang lain abah dan mama mengucapkan selamat berjuang di persada ilmu semoga berjaya hendaknya. ‘Di tanganmu ada kejayaan’

Anak-anak penulis:-

  • Mohamad Azran Faris (20 tahun): sedang mengikuti kursus Bio-merin  di UMT;
  • Nur Anis Hanim (20 tahun) : sedang menuntut di INTEC (Persediaan ke USA : Bioteknologi);
  • Mohamad Azim (16 tahun) : sedang menuntut di SMS Tengku Muhd Faris Petra;
  • Nur Aliya (13 tahun): sedang menuntut di SMS Tengku Muhd Faris Petra;
  • Nur Ariesya (3 tahun): menjadi satu-satunya penghibur keluarga kini.

Permata hati...?

Soalan 8 – 14, Bahasa Melayu Kertas 1 memperuntukkan soalan yang meminta calon-calon mengesan kesalahan pada kata yang bergaris, dan jika tiada kesalahan hendaklah memilih D.

8. Ayu menerima panggilan dari (A) peguamnya yang memaklumkan bahawa (B) tuduhan yang dikenakan terhadapnya (C) telah digugurkan. Tiada kesalahan (D)

14. Walaupun mereka sedar yang (A) kerja tersebut sangat berbahaya, namun (B) mereka meneruskannya kerana (C) hendak mengejar kekayaan. Tiada kesalahan (D).

Jawapan:

  • 8 > A ( Sepatutnya daripada kerana ‘manusia’)
  • 14 > A (Sepatutnya bahawa)