Merujuk Kamus Dewan Edisi keempat, bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.

  • Bahasa baku > bahasa yang teratur dan mantap dari pelbagai aspek seperti ejaan, bentuk kata, tatabahasa dan lain-lain yang diterima sebagai norma penggunaan yang betul dan sahih.
  • Bahasa daerah > bahasa yang yang menggunakan loghat daerah.
  • Bahasa halus > bahasa atau perkataan lain yang lebih lembut dan sopan agar tidak menyentuh perasaan orang lain.
  • Bahasa ilmu > bahasa yang mampu menjadi perantaraan bagi proses penyampaian ilmu pengetahuan ke peringkat tinggi.
  • Bahasa isyarat > cara berkomunikasi yang tidak menggunakan ucapan tetapi menggunakan gerak isyarat anggota tertentu.
  • Bahasa pasar > bahasa seperti yang dituturkan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasai bahasa Melayu yang betul / bahasa yang bercampur aduk antara bahasa Melayu dengan bahasa ibunda penutur.
  • Bahasa ibunda > bahasa sendiri yang dipakai sejak kecil.
  • Bahasa rasmi > bahasa pentadbiran kerajaan.
  • Bahasa kebangsaan > bahasa yang diterima dan diguna ramai oleh penduduk dalam sesebuah negara yang mempunyai beberapa bahasa atau loghat yang lain.
  • Bahasa kesat > bahasa kasar dan tidak sopan.
  • Bahasa pengantar > bahasa yang digunakan sebagai alat perhubungan atau komunikasi dalam pengajaran di sekolah.
  • Bahasa rojak > bahasa yang bercampur aduk iaitu dari segi kata; sekejap Melayu sekejap Inggeris.
  • Bahasa komputer > bahasa pengaturcaraan untuk operasi komputer.
  • Bahasa lisan > bahasa seperti yang digunakan sewaktu bercakap.
  • Bahasa dalam > bahasa kehormatan / bahasa istana.
Advertisements