Archive for April 8, 2010


PEMAHAMAN PETIKAN KOMSAS (ANTOLOGI)

TAHUN

GENRE

2005

2006

2007

2008

2009

Drama

Buyung

Tg. 2

Jalan Sempit

Tg. 3

Cerpen

Anak Bumi Tercinta

Tg. 3

Tangan Kanan, Tangan Kiri atau Kedua-duanya

Tg. 2

Puisi Tradisi

Syair Menyambut Pelajaran

Tg. 1

Pantun Dua Kerat

Tg. 1

Sajak

Pesan Tangan Kepada Jari

Tg. 2

Bila Berjauhan

Tg. 3

Seorang Guru Tua

Tg. 1

Prosa Tradisi

Raja Bersiung

Tg. 3

Renyah memaparkan tema kekeluargaan. Boleh dikatakan kesemua bab dalam novel ini berkisar tentang kisah keluarga Datuk Dolhi dengan Datin Tominah menghadapi pelbagai konflik akibat kerenah 5 orang anaknya iaitu:-

  • Hasnol > berjawatan tinggi / menurut kata isteri / boros
  • Ilham > penulis / penyair / pecinta alam sekitar / biadap
  • Mukhlis > dakwah songsang / hidup daif / tidak siuman
  • Dani > penyanyi rock / tidak tamat belajar / terlibat dengan dadah
  • Amera > guru / komited terhadap tugas / cantik

Kelima-lima orang anak Datuk Dolhi tidak berminat dalam dunia perniagaan sehingga menyebabkan beliau sangat kecewa.

Terdapat 3 jenis latar yang biasa dibincangkan ketika mengulaskan latar sesebuah novel, iaitu:-

  • Latar masa
  • Latar tempat
  • Latar masyarakat

Dalam kesempatan kali ini, penulis akan membincangkan latar masyarakat yang menunjangi peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam novel Kanang, Cerita Seorang Pahlawan.

Terdapat pelbagai latar masyarakat yang disentuh oleh penulis ketika mengembangkan plot novel tersebut, antaranya:-

  • Masyarakat Iban yang tinggal di pedalaman Sarawak

Penulis menceritakan Kanang, seorang anak muda daripada kaum Iban yang berasal dari Karangan Manok, Nanga Meluan. Seperti masyarakat Iban yang lain, Kanang dibesarkan di kawasan perkampungan yang rata-rata masyarakatnya bergantung hidup kepada sumber hutan seperti memburu, mengerjakan pertanian sara diri dan mereka amat berpegang kepada kepercayaan animisme.

  • Masyarakat tentera yang cara hidupnya amat berpegang kepada disiplin

Melalui novel ini juga kita didedahkan dengan cara hidup seseorang yang bergelar tentera yang kehidupan seharian Kanang penuh dengan peraturan dan disiplin ketenteraan seperti taat akan perintah ketua.  Beliau tetap akur akan arahan untuk bertugas menyertai gerakan mengesan seorang askar yang hilang walaupun pada hari perkahwinannya.

  • Masyarakat yang benci akan pengganas komunis

Kanang sentiasa berharap akan berhadapan dengan komunis dan berjaya membunuhnya setiap kali menyertai gerakan membanteras komunis sama ada di Hutan Korbu ataupun di Tanah Hitam, Perak.