Insan semakin kejam...?

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah melancarkan Kempen Kami Prihatin pada 8 April 2010 di KL Sentral.

Kempen ini digerakkan oleh Utusan Malaysia bersama-sama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Astro dan Karyawan.

Tujuan Kempen Kami Prihatin dilaksanakan adalah untuk menangani gejala penderaan ke atas kanak-kanak dan kes pembuangan bayi yang semakin membimbangkan.

Hubungi Talian Nur 15999 bagi melaporkan sebarang kes penderaan kanak-kanak dan buang bayi.

Komen penulis:-

  • Kempen Kami Prihatin memang wajar dilaksanakan dan sepatutnya telah dilancarkan lebih awal.
  • Kempen Kami Prihatin perlu disokong oleh semua pihak dengan bersungguh-sungguh dan perlu berlangsung sepanjang masa.
  • Kempen Kami Prihatin sepatutnya terus menyelongkar punca masalah sebenar dan tindakan drastik perlu digerakkan segera.
  • Gejala penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi sesungguhnya berpunca daripada kecetekan ilmu agama dalam diri individu yang terlibat.
Advertisements