
Novel biografi ini mengisahkan kehidupan dan perjuangan seorang perajurit, Kanang anak Langkau. Kanang berbangsa Iban dan dilahirkan pada 2 Mac 1945 di Karangan Manok Nanga Meluan, Sarawak. Akibat kenakalannya, Kanang telah dihalau oleh ibunya, lalu dipelihara oleh datuk dan neneknya.
Kanang cekal menghadapi kesusahan hidup sejak kecil. Dia melakukan pelbagai pekerjaan demi menyara hidupnya seperti menjadi tukang masak, penoreh getah, dan mengangkut penumpang dengan perahu berenjin. Kanang juga menyertai angkatan tentera secara kebetulan dan diterima bekerja sebagai Iban Tracker. Kanang telah berkahwin dengan Helen Latai anak Intie dan dikurniai enam orang anak. Kanang melalui pelbagai pengalaman serta cabaran dalam pasukan tentera sehinggalah dia dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Waran 1 ketika bersara.
Kanang telah ditembak oleh komunis ketika menyertai Gerakan Pukat di kawasan hutan Tanah Hitam, Perak. Dia mendapat kecederaan parah dan terlantar di hospital selama hampir setahun. Pada tahun 1980, Kanang telah dianugerahkan pingat kedua tertinggi negara, iaitu Panglima Gagah Berani (PGB). Pada tahun 1981 pula, Kanang telah dianugerahkan Bintang Keberanian Tertinggi Negara, iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP). Kanang bersara daripada angkatan tentera pada 30 Mei 1986 setelah berkhidmat selama 21 tahun. Kanang telah dikurniakan Bintara Bintang Sarawak oleh kerajaan negeri Sarawak atas jasa-jasanya kepada negara.
Keberanian dan semangat nasionalisme Kanang dalam perjuangan menghapuskan pengganas komunis.
Semangat cinta akan tanah air dalam kalangan rakyat – Kanang mempunyai semangat juang yang tinggi demi mempertahankan tanah airnya daripada pengganas komunis.
Kegigihan dan kecekalan menghadapi dugaan hidup – Kanang tidak berputus asa walaupun dia hidup merempat selepas berhenti daripada tentera.
Kemiskinan masyarakat di pedalaman Sarawak – Kanang serta penduduk di kawasan itu hidup dalam keadaan serba miskin dan hidup bergantung pada hasil hutan.
Kanang
berketurunan Iban
beragama Pagan
dipelihara oleh datuk dan nenek selepas dihalau oleh ibunya
menjadi tentera sebagai Iban Tracker
berkahwin dengan Helen Latai dan dikurniai enam orang anak
berpegang kuat kepada kepercayaan tradisi dan pantang larang
bertanggungjawab terhadap keluarga dan negara
jujur dan berdedikasi
tentera yang berani dan sanggup berkorban untuk negara
Kapten Othman Abdul Hamid
ketua kompeni yang bertanggungjawab
berani menentang pengganas komunis
bijak membuat perancangan
dihormati oleh anak buahnya
Helen Latai
isteri Kanang berbangsa Iban
ibu dan isteri yang penyayang
mengambil berat masalah suami
pandai menyesuaikan diri sebagai isteri seorang tentera
Koperal Mohd Jamil
Anggota Platun no. 8
Berani dan sanggup berkorban demi mempertahankan negara
Permulaan
Kanang dipelihara oleh datuk dan neneknya di kampung selepas dihalau oleh ibunya yang tidak tahan dengan kenakalannya
Perkembangan
Kanang melakukan pelbagai jenis pekerjaan untuk menyara hidupnya
Kanang menyertai angkatan tentera
Kanang berkahwin dengan Helen Latai dan mendapat enam orang anak
Perumitan
Anggota platun yang diketuai oleh Kapten Othman Abdul Hamid dalam misi mereka untuk menghapuskan sarang pengganas komunis di Perak
Klimaks
Kanang cedera parah ditembak oleh pengganas komunis dan dia tidak sedarkan diri hampir sebulan dan dirawat selama setahun.
Peleraian
Kanang dianugerahi PGB dan SP
Kanang bersara daripada angkatan tentera
Cinta akan tanah air – kita perlu sanggup berkorban demi mempertahankan negara tercinta. Kanang mempunyai semangat juang yang tinggi demi mempertahankan tanah air
Keberanian – setiap orang harus berani berjuang menentang musuh negara. Kanang sedikit pun tidak berasa gentar apabila berhadapan dengan musuh
Dedikasi – kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Kanang bersungguh-sungguh melaksanakan tugasnya hingga sanggup mengorbankan kepentingannya
Ketabahan – kita perlu tabah mengharungi segala cabaran dan dugaan hidup. Kanang tidak pernah berputus asa walaupun kehidupannya melarat selepas berhenti daripada tentera
Percaya dan berpegang kuat pada adat
– Kanang percaya kepada mimpi
– Datuk mengamalkan ilmu memuja buaya
Disiplin tinggi dalam kalangan tentera
– masyarakat tentera tinggi disiplinnya seperti Kanang yang taat akan ketuanya
Masyarakat luar bandar yang miskin
– bekerja secukup hidup, menjala ikan, membawa bot dan lain-lain lagi
Semangat cinta akan negara
– tentera Malaysia sanggup berkorban untuk negara
Masyarakat asing yang prihatin akan pekerjanya
– Mr. Ford membantu Kanang dari segi kewangan walaupun ketika itu dia telah muflis
– Mr. Ford menulis surat sokongan kepada Kanang untuk memohon kerja sebagai Iban Tracker
Masyarakat Iban yang beragama Pagan
– mereka percaya akan kuasa yang membantu mereka dalam kesusahan
Masyarakat Iban yang mempunyai kemahiran mengesan sesuatu
– datuk Kanang menurunkan ilmu mengesan binatang/musuh kepada Kanang
– Iban Trackers ditubuhkan kerana orang Iban memang pandai menjejak
Masyarakat yang tahu menghargai jasa orang
– Kanang menerima pelbagai anugerah dan dinaikkan pangkat atas jasanya
– ketua dan rakan Kanang sedih atas bencana yang menimpa Kanang
Masyarakat yang pandai menyesuaikan diri
– keluarga tentera asyik berpindah-randah