Archive for April 13, 2010


Latar masyarakat yang ditonjolkan melalui novel ini ialah:-

  • Masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai bangsa, menganut pelbagai kepercayaan tetapi dapat hidup dengan harmoni. ~ Persahabatan antara Budiman, Chandra dan Chong yang akrab ketika tinggal di Rumah Bonda jelas membuktikan bahawa perbezaan yang wujud tidak menjadi halangan kepada mereka.
  • Masyarakat yang berkedudukan tinggi sanggup membantu golongan yang memerlukan bantuan dan perhatian. ~ Datin Seri Norbayu membantu Budiman dengan mengajar biola secara percuma.
  • Masyarakat yang sanggup menindas golongan yang lemah. ~ Pak Mat Tukang Masak sering mencuri barang makanan untuk anak yatim semata-mata kerana wang ringgit.
  • Masyarakat anak yatim yang mendiami rumah kebajikan. ~ Kehidupan anak yatim yang serba mencabar tanpa ibu dan ayah di sisi. Budiman menempuh pelbagai dugaan hidup demi menunaikan wasiat ayahnya supaya dia menjadi penggesek biola yang terkenal.

SINOPSIS:-

Ceper ialah sebatang sungai yang menjadi sumber air bagi penduduk kampung dan pedalaman. Penulis (Shahnon Ahmad cuba membandingkan Sungai Ceper dengan ibu yang gigih bekerja di sawah, sementara suaminya (bapa penulis) asyik dengan burung ketitir.

Kesulitan hidup yang ditempuhi ibunya digambarkan  melalui liku-liku dan keadaan sungai yang semakin tercemar. Kian hari Sungai Ceper semakin lemah dan tohor akibat pelbagai sampah yang dibuang ke dalam sungai.

Pada suatu hari ibu telah terpijak tunggul lama menyebabkan dia tidak selincah seperti dulu. Ibu yang menjadi lumpuh, semakin uzur dan akhirnya meninggal dunia.

Penulis akhirnya membandingkan Sungai Ceper walaupun masih ada namun sudah tidak berfungsi seperti dulu,  iaiti sebagai sumber air kepada penduduk sedangkan ibu sudah meninggal lama sebelum bapa meninggal dunia.

TEMA:-

Kepentingan air dalam kehidupan.

PERSOALAN:-

  • Kesukaran hidup apabila sungai tercemar.
  • Setiap yang hidup akan mati.
  • Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua orang tuanya.
  • Menghargai anugerah Allah.

WATAK & PERWATAKAN:-

a. Ibu

  • Seorang yang rajin.
  • Pandai membuat tikar.
  • Bergaul dengan masyarakat.
  • Mengamuk apabila Sungai Ceper tercemar dan berlaku banjir yang akhirnya merosakkan tanamannya.

b. Bapa

  • Suka mendenak burung ketitir.
  • Meninggal dunia kerana terjatuh.

c. Aku

  • Menggantikan ibu ke sawah setelah ibu lumpuh.
  • Bertanggungjawab menjaga ibu.


Rangkap Sajak

Maksud

Semakin berat kejahilan

terpikul di bahu

semakin jauh perjalanan

memburu nur-Mu.

Penyair berasakan terlalu banyak dosa yang dilakukan sehingga semakin jauh dirinya daripada mendapat rahmat Allah.

Sewaktu berlari di padang hidup

kerap kakiku tersadung selirat akar

tubuhku tercalar duri pidana

pada samar kejauhan

ancala mulia makin kabur

dan menghilang.

Penyair dapat rasakan bahawa hidupnya sentiasa dirundung malang kerana tidak mendapat kemuliaan daripada Allah.

Sekadar songsang aksara kata

tanpa kembali ke tunjang makna,

“Apakah dalam saraf khilaf

masih terbuka ruang untuk

dianugerahkan keinsafan?”

Penyair melontarkan pertanyaan kepada dirinya sama ada masih adakah ruang untuk dirinya membaiki kesilapan dan akhirnya diberikan peluang untuk bertaubat.

Rabb,

moga pintu taubat-Mu terbuka

sebelum api dari bara itu menyala.

Penyair berdoa dan berharap agar pintu taubat untuknya dibuka sebelum imannya menjadi lemah.

Maksud kata:

  • nur ~ cahaya
  • tersadung ~ tersepak / terlanggar
  • pidana ~ kejahatan (bahasa Indonesia)
  • ancala ~ gunung
  • songsong ~ berlawanan
  • aksara ~ huruf
  • khilaf ~ kesalahan / keliru / kesilapan