Rangkap Sajak |
Maksud |
Semakin berat kejahilan
terpikul di bahu semakin jauh perjalanan memburu nur-Mu. |
Penyair berasakan terlalu banyak dosa yang dilakukan sehingga semakin jauh dirinya daripada mendapat rahmat Allah. |
Sewaktu berlari di padang hidup
kerap kakiku tersadung selirat akar tubuhku tercalar duri pidana pada samar kejauhan ancala mulia makin kabur dan menghilang. |
Penyair dapat rasakan bahawa hidupnya sentiasa dirundung malang kerana tidak mendapat kemuliaan daripada Allah. |
Sekadar songsang aksara kata
tanpa kembali ke tunjang makna, “Apakah dalam saraf khilaf masih terbuka ruang untuk dianugerahkan keinsafan?” |
Penyair melontarkan pertanyaan kepada dirinya sama ada masih adakah ruang untuk dirinya membaiki kesilapan dan akhirnya diberikan peluang untuk bertaubat. |
Rabb,
moga pintu taubat-Mu terbuka sebelum api dari bara itu menyala. |
Penyair berdoa dan berharap agar pintu taubat untuknya dibuka sebelum imannya menjadi lemah. |
Maksud kata:
|
Antologi Harga Remaja: Mengintai ruang insaf…?
Advertisements