Archive for April 15, 2010


Pada jam 8.30 – 10.30 pagi hari Jumaat (16 April 2010) esok, penulis akan berada di MRSM Kota Putra, Besut, Terengganu kerana diundang sebagai penceramah Seminar Bahasa Melayu PMR 2010.

Seminar ini akan berlangsung di Dewan Kuliah MRSM Kota Putra dan skop utama seminar kali ialah Teknik Menjawab Bahasa Melayu Kertas 2. Lebih kurang 150 orang pelajar PMR  maktab tersebut akan terlibat dalam seminar ini.

Harapan penulis semoga majlis ilmu yang dirancang itu akan mendapat keberkatan dan kejayaan. Insya-Allah.

Sekian, terima kasih.

TEMA:-

  • Penderitaan remaja yang dijadikan mangsa sindiket akibat bertindak terburu-buru. Halim dan saleh menjadi mangsa sindiket yang menipu remaja yang tiba di ibu kota demi mengaut keuntungan dengan mudah. Mereka dipaksa bekerja sebagai pencuci kereta dan menjaga tempat letak kereta. Semua wang hasil kerja terpaksa diserahkan kepada Abang Joe iaitu ketua sindiket.

PERSOALAN:-

  • Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak.
  • Tindakan terburu-buru membawa padah.
  • Pengorbanan dilakukan demi keluarga.
  • Tanggungjawab pihak berkuasa menghapuskan jenayah.

PENGAJARAN:-

  • Kita mestilah tabah ketika menghadapi cabaran hidup.
  • Kita mestilah bertanggungjawab menghapuskan jenayah.
  • Kita mestilah rajin membantu keluarga bagi meringankan bebanan.

KIAN KITA LUPA

Tema:-

  • Sikap manusia yang selalu leka dan lupa apabila diberikan kesenangan.

Persoalan:-

  • Manusia mudah lupa apabila hidup mewah.
  • Manusia akan lupa penderitaan yang ditanggung oleh generasi tua.
  • Manusia mudah lupa akan siksaan Tuhan jika diberikan rezeki yang banyak.
  • Manusia tidak akan lupa apabila kesenangan bertukar kepada kepayahan.

MAKSUD:-

RANGKAP

MAKNA

Kian kita lupa

Pada usul jerih bangsa

Bila mewah harta di birai mata.


Kita semakin lupa kepada kesusahan bangsa apabila kemewahan di hadapan mata.

Kian kita lupa

Pada derita moyang dahulukala

Bila asyik riak dan berbangga.

Kita semakin lupa kesusahan nenek moyang pada masa dulu apabila asyik riak dan bangga diri.

Kian kita lupa

Pada azab dan seksa di sana

Bila Tuhan melimpahkan kurnia.

Kita menjadi semakin lupa siksaan di akhirat apabila Tuhan banyak memberikan rezeki.

Tetapi

Kita hanya tak lupa

Bila terlewat masa

Untuk menyesali segala

Terlanjur laku dan bicara

Gembira menjadi duka.


Tapi kita tidak akan lupa apabila kita tiada masa untuk menyesali ketelanjuran perbuatan dan percakapan. Bahagia bertukar derita, gembira menjadi duka.