KIAN KITA LUPA

Tema:-

  • Sikap manusia yang selalu leka dan lupa apabila diberikan kesenangan.

Persoalan:-

  • Manusia mudah lupa apabila hidup mewah.
  • Manusia akan lupa penderitaan yang ditanggung oleh generasi tua.
  • Manusia mudah lupa akan siksaan Tuhan jika diberikan rezeki yang banyak.
  • Manusia tidak akan lupa apabila kesenangan bertukar kepada kepayahan.

MAKSUD:-

RANGKAP

MAKNA

Kian kita lupa

Pada usul jerih bangsa

Bila mewah harta di birai mata.


Kita semakin lupa kepada kesusahan bangsa apabila kemewahan di hadapan mata.

Kian kita lupa

Pada derita moyang dahulukala

Bila asyik riak dan berbangga.

Kita semakin lupa kesusahan nenek moyang pada masa dulu apabila asyik riak dan bangga diri.

Kian kita lupa

Pada azab dan seksa di sana

Bila Tuhan melimpahkan kurnia.

Kita menjadi semakin lupa siksaan di akhirat apabila Tuhan banyak memberikan rezeki.

Tetapi

Kita hanya tak lupa

Bila terlewat masa

Untuk menyesali segala

Terlanjur laku dan bicara

Gembira menjadi duka.


Tapi kita tidak akan lupa apabila kita tiada masa untuk menyesali ketelanjuran perbuatan dan percakapan. Bahagia bertukar derita, gembira menjadi duka.

Advertisements