Archive for April 17, 2010


Senda Gurau 9…?

Putera Gunung Tahan

Ishak Haji Muhammad (Pak Sako)

Bil

Perkara

Huraian / Peristiwa

1

Tema

Menampilkan tema semangat cinta akan tanah air dan sanggup mempertahankannya daripada penjajah (Inggeris)



2



Persoalan

  1. Sifat tamak penjajah untuk mengaut kekayaan di Tanah Melayu

– Tuan Robert dan Tuan William meninjau puncak GT dijadikan pusat peranginan

2.     Keindahan dan keajaiban  menjadi tarikan

– Inggeris ingin menaklukinya

3.     Masyarakat yang masih mempercayai perkara ganjil

– masyarakat tempatan percaya akan kewujudan orang bunian, teropong terus

4.     Mempertahankan adat istiadat lama daripada pengaruh luar

– Tuan Robert tidak menghormati budaya masyarakat Sakai.

5.     Perjuangan menentang Inggeris



3



Watak dan perwatakan

1. Ratu Bongsu

– dilahirkan di dalam hutan, Pemerintah PGT, rakyatnya orang bunian

– cinta akan tanah air, berbudi pekerti dan tegas, cinta akan Mem William.

2. Tuan Robert

– Pakar ilmu tumbuh-tumbuhan, tamak dan sombong, merendah-rendahkan budaya

Sakai, tergila-gilakan gadis Sakai, mati terjatuh dari pokok.

3. Tuan William

– mempunyai seorang isteri dan seorang anak, gigih dan berjiwa penjajah, berpura-

pura – menipu Ratu Bongsu dengan menghantar surat supaya PGT dibom,

– terbunuh ketika kapal terbang menyerang PGT.

4. Perempuan tua

– berbangsa Melayu dan beragama Islam, tinggal di kampung Orang Sakai,

– ibu Ratu Bongsu, berdarah raja, cinta akan tanah air, berilmu dan berpandangan

jauh.

5. Mem William

– isteri Tuan William, tidak setia kepada suami, cantik, berkahwin dengan RB.

4

Latar tempat

  1. Di negeri Pahang- di kaki GT
  2. Perkampungan orang Sakai
  3. Kawasan lapang dan hutan di PGT.

5

Latar masa

  1. Zaman penjajahan Inggeris
  2. Pada tahun 1937 – 20 tahun sebelum merdeka

6

Latar masyarakat

  1. Masyarakat Melayu, sakai, Bunian, Inggeris
  2. Masyarakat tolong-menolong, menghormati tetamu
  3. Masyarakat yang patriotic


7


Nilai

  1. Cinta akan tanah air
  2. Berani (RB berani melawan Inggeris mempertahankan PGT)
  3. Kasih saying (Perempuan tua sayang akan anaknya RB)
  4. Bijaksana (RB membuat helah untuk memerangkap Tuan William)
  5. Taat akan perintah agama ( PT berpegang kuat kepada ajaran agama)


8


Pengajaran

  1. Kita mestilah cinta akan tanah air dan sanggup mempertahankannya daripada musuh.
  2. Kita hendaklah menghormati adat istiadat masyarakat setempat.
  3. Kita janganlah bersikap tamak dan sombong.
  4. Kita janganlah bersikap curang terhadap suami.

Novel Putera Gunung Tahan telah memaparkan binaan plot yang berbentuk kronologi. Hal ini kerana penulis mengembangkan cerita mengikut urutan masa yang sistematik.

  • Plot bermula dengan pengenalan watak Putera Gunung Tahan dan latar belakang negeri Pahang. Kedatangan dua orang putih dari Kuala Lumpur kerana mencari kawasan yang sesuai dijadikan kawasan peranginan.
  • Dalam bahagian perkembangan, penulis menceritakan kedua-dua orang putih itu berusaha mendaki Gunung Tahan. Tuan Robert tinggal dengan orang Sakai dan mati terbunuh kerana berkonflik dengan orang Sakai. Tuan William pula berkonflik dengan Ratu Bongsu.
  • Bahagian perumitan pula, penulis menggarapkan kisah puncak Gunung Tahan dibom oleh 2 buah kapal terbang Inggeris. Tuan William terbunuh. Istana Ratu Bongsu turut musnah.
  • Pada bahagian peleraian, Ratu Bongsu jatuh hati kepada Mem William. Mereka saling menyayangi.