Novel Putera Gunung Tahan telah memaparkan binaan plot yang berbentuk kronologi. Hal ini kerana penulis mengembangkan cerita mengikut urutan masa yang sistematik.

  • Plot bermula dengan pengenalan watak Putera Gunung Tahan dan latar belakang negeri Pahang. Kedatangan dua orang putih dari Kuala Lumpur kerana mencari kawasan yang sesuai dijadikan kawasan peranginan.
  • Dalam bahagian perkembangan, penulis menceritakan kedua-dua orang putih itu berusaha mendaki Gunung Tahan. Tuan Robert tinggal dengan orang Sakai dan mati terbunuh kerana berkonflik dengan orang Sakai. Tuan William pula berkonflik dengan Ratu Bongsu.
  • Bahagian perumitan pula, penulis menggarapkan kisah puncak Gunung Tahan dibom oleh 2 buah kapal terbang Inggeris. Tuan William terbunuh. Istana Ratu Bongsu turut musnah.
  • Pada bahagian peleraian, Ratu Bongsu jatuh hati kepada Mem William. Mereka saling menyayangi.
Advertisements