PERMULAAN:-

  • Azam dan rakan-rakannya (Razi, Lina Lim, Chandra)  menaiki motorbot ke Tanjung Pangku untuk aktiviti perkhemahan.

PERKEMBANGAN:-

  • DSP Yazid menerima maklumat bahawa kapal terbang yang dinaiki ayah Azam terhempas di Tanjung Pangku.
  • Azam dan rakannya melihat sendiri kapal terbang itu terhempas.

KLIMAKS/PERUMITAN:-

  • Azam dan Razi ditangkap penjahat yang berserkup kepala ketika mereka meninjau kawasan tempat kemalangan berlaku.
  • Mereka dibawa ke tengah laut dan dibiarkan karam sebelum diselamatkan oleh Pak Widodo.

PELERAIAN:-

  • Azam dan Razi yang dibawa ke Pulau Rangsang kemudian berjaya pulang ke Johor dengan bantuan Antik dan sempat menghadiri majlis pengebumian beramai-ramai mangsa tragedi di kawasan tanah perkuburan di Jalan Kebun Teh.
Advertisements