Pada 23 April 2010 (Jumaat), penulis telah diundang sebagai penceramah subjek Bahasa Melayu dalam Program Kecemerlangan Pelajar (PKP) sesi 1/2010 anjuran KEMAS negeri Kelantan bertempat di PCB Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan.
Program yang akan berlangsung pada 22 – 24 April 2010 akan melibatkan para peserta seramai 80 orang daripada pelajar tingkatan 1 dan 2.
Penulis akan dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan 2 slot ceramah iaitu pada petang Jumaat ( 2.30 – 4.30 petang) dan pada sebelah malamnya bermula jam 9.00 – 11.00 malam.
Selamat berkursus diucapkan semoga mendapat keberkatan.
Penulis.