Kata adjektif (KA) ialah golongan kata yang menerangkan keadaan atau sifat sesuatu benda atau peristiwa.

Contoh kata adjektif (KA) ialah sedap, manis, besar, pintar, laju, tinggi, hebat, bulat, sayang, merah, jarang, cermat dan lain-lain.

Terdapat 5 cara untuk kita mengenal kata adjektif (KA), iaitu:-

  1. KA dapat digunakan bersama-sama kata penguat [ sangat besar, amat baik, begitu pintar, tegas sekali…. ]
  2. KA dapat disertai dengan imbuhan ‘ter’ dan ‘se’ [ terbesar, sebesar, terkuat, sekuat, terbaru, sebaru … ]
  3. KA hadir selepas kata nama [ meja bulat, rumah besar, sekolah lama, kayu bengkok, baju buruk … ]
  4. Menggunakan kata nafi tidak [ tidak besar, tidak bulat, tidak lama, tidak pintar, tidak baru … ]
  5. KA dapat diulang dengan imbuhan ‘se’ dan ‘nya’ [ sebesar-besarnya, sepandai-pandainya, selama-lamanya, sebaru-barunya … ]

PERINGATAN KATA ADJEKTIF:-

  • KA yang digandakan membawa maksud jamak

  1. bulat-bulat = banyak yang bulat
  2. pandai-pandai = banyak yang pandai
  3. tua-tua = banyak yang tua
  • KA yang disertai imbuhan awalan berangkap, tidak lagi boleh menerima imbuhan akhiran ‘kan’ atau ‘i’

Bil

Betul

Salah

1.

2.

3.

memperindah

diperlebar

memperbaik, membaiki

memperindahkan, memperindahi

diperlebarkan, diperlebari

memperbaiki, diperbaiki

Advertisements