Archive for April 30, 2010


Kata penguat…?

Kata Penguat ialah sejenis kata tugas yang berfungsi sebagai penguat maksud kata adjektif. Kata penguat terbahagi kepada 3 jenis:-

1. Kata Penguat Depan [ paling, begitu, terlalu, demikian, agak, lebih ]

  • Kata Penguat Depan (KPD) hanya dapat digunakan di depan kata adjektif sahaja. {KPD + Kata adjektif}
  • Contoh: [ begitu cantik, agak cantik, paling cantik, terlalu cantik, demikian cantik ]

2. Kata Penguat Belakang (KPB) [ sekali, benar, betul dan nian ]

  • Kata Penguat Belakang hanya dapat digunakan selepas / di belakang kata adjektif sahaja. { Kata adjektif + KPB }
  • Contoh: [ baik betul, baik sekali, baik benar, indah nian }

3. Kata Penguat Bebas (KPBe) [ amat, sungguh, sangat ]

  • KPBe dapat digunakan di depan / di belakang kata adjektif. { KPBe + Kata adjektif & Kata adjektif + KPBe }
  • Contoh: [ amat cantik, cantik amat, sungguh cantik, cantik sungguh, sangat cantik, cantik sangat ]

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PENGUAT

  • Kata Penguat tidak boleh digunakan berturut-turut, contoh:-
  1. paling (KPD) besar betul (KPB)  X
  2. begitu (KPD) bijak sekali (KPBe)  X
  3. amat (KPBe) merah benar (KPB)  X

KEKECUALIAN PENGGUNAAN KATA PENGUAT

  • Kata Penguat boleh digunakan berturut-turut apabila KPBe digunakan bersama-sama KPB ‘sekali’, contoh:-
  1. amat (KPBe) cantik sekali (KPB)  √
  2. sungguh (KPBe) besar sekali (KPB)  √
  3. sangat (KPBe) tepat sekali (KPB)  √

Begitulah bunyi tajuk majalah estidotmy keluaran Rabu 28 April 2010, edisi ke-98. Majalah terbitan Utusan Melayu (M) ini dibiayai sepenuhnya oleh MOSTI sebagai salah satu daripada program penggalakan Sains, Teknologi & Inovasi (PPSTI).

“ICT MERUBAH DUNIA” jika diteliti dengan sebelah mata, maka tiada apa-apa yang cacat celanya. Tapi sebagai guru bahasa, saya sedikit terkedu kerana isu keprihatinan tentang bahasa Melayu masih di takuk lama. Mengapakah saya berpendapat sedemikian?

Cuba perhatikan betul-betul ejaan kata ‘merubah’. Adakah betul ejaannya? Perkataan merubah berasal daripada kata dasarnya iaitu ‘ubah’ yang kononnya diimbuhkan dengan imbuhan awalan ‘mer-‘. Setahu saya, tidak pernah wujud imbuhan ‘mer-‘ dalam bahasa Melayu. Yang ada hanyalah me-, men-, mem-, meng-, menge-, dan meny-.

JADI … kenapakah hal ini masih berlaku? JAWABNYA ialah kurangnya rasa tanggungjawab dan keprihatinan kita dalam usaha memartabatkan bahasa sendiri. Lalu bahasa Melayu dipergunakan secara hentam kromo sahaja!

SEBENARNYA ejaan yang BETUL untuk merubah ialah mengubah kerana kata dasar ubah sesuai diimbuhkan dengan imbuhan awalan meng-.

  • ubah  + meng-  > mengubah BUKAN merubah
  • ubat  + meng-  > mengubat BUKAN merubat
  • ukur  + meng-  > mengukur BUKAN merukur

SEPATUTNYA tajuk ICT Merubah Dunia ditukarkan kepada ICT Mengubah Dunia.

ATAU jika mahu, boleh juga ditulis begini, “ICT Merobah Dunia”. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4.

YOUTUBE:

  • YouTube merupakan laman web perkongsian video yang popular dan mendapat sambutan hangat oleh pengguna internet di seluruh dunia.
  • Diasaskan oleh 3 orang bekas petugas PayPal pada Februari 2005 iaitu Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim.
  • Syarikat yang berpangkalan di San Bruno ini menggunakan teknologi Adobe Flash bagi menyokong paparan video.

GOOGLE:-

  • Google merupakan enjin carian yang popular kepada pengguna internet.
  • Dicipta oleh 2 orang rakan iaitu Larry Page dan Sergey Brin yang merupakan satu projek penyelidikan ketika kedua-duanya menuntut di Universiti Stanford, California sebagai mahasiswa kedoktoran (PhD).
  • Pada 4 September 1998, syarikat Google ditubuhkan dengan nama Google Inc. di Menlo Park.

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 bagi pelajar-pelajar SM. Sains  Tengku Muhammad Faris Petra adalah seperti di bawah:-

Menengah Atas:

  • Tingkatan 4: Bermula pada 23 Mei 2010.
  • Tingkatan 5: Bermula pada 20 Mei 2010.

Menengah Rendah:

  • Tingkatan 1 – 3: Bermula 30 Mei 2010.

Pesan cikgu semoga semua pelajar membuat persiapan awal dan jadikan peperiksaan ini sebagai pengukur kejayaan anda pada masa hadapan.