Kata Penguat ialah sejenis kata tugas yang berfungsi sebagai penguat maksud kata adjektif. Kata penguat terbahagi kepada 3 jenis:-

1. Kata Penguat Depan [ paling, begitu, terlalu, demikian, agak, lebih ]

  • Kata Penguat Depan (KPD) hanya dapat digunakan di depan kata adjektif sahaja. {KPD + Kata adjektif}
  • Contoh: [ begitu cantik, agak cantik, paling cantik, terlalu cantik, demikian cantik ]

2. Kata Penguat Belakang (KPB) [ sekali, benar, betul dan nian ]

  • Kata Penguat Belakang hanya dapat digunakan selepas / di belakang kata adjektif sahaja. { Kata adjektif + KPB }
  • Contoh: [ baik betul, baik sekali, baik benar, indah nian }

3. Kata Penguat Bebas (KPBe) [ amat, sungguh, sangat ]

  • KPBe dapat digunakan di depan / di belakang kata adjektif. { KPBe + Kata adjektif & Kata adjektif + KPBe }
  • Contoh: [ amat cantik, cantik amat, sungguh cantik, cantik sungguh, sangat cantik, cantik sangat ]

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PENGUAT

  • Kata Penguat tidak boleh digunakan berturut-turut, contoh:-
  1. paling (KPD) besar betul (KPB)  X
  2. begitu (KPD) bijak sekali (KPBe)  X
  3. amat (KPBe) merah benar (KPB)  X

KEKECUALIAN PENGGUNAAN KATA PENGUAT

  • Kata Penguat boleh digunakan berturut-turut apabila KPBe digunakan bersama-sama KPB ‘sekali’, contoh:-
  1. amat (KPBe) cantik sekali (KPB)  √
  2. sungguh (KPBe) besar sekali (KPB)  √
  3. sangat (KPBe) tepat sekali (KPB)  √
About these ads