Pada kesempatan ini penulis ingin berkongsikan pengalaman bersama-sama pembaca budiman kerana banyak sekali pertanyaan yang diutarakan. Pada bekas pelajar dan rakan setugas walaupun di mana berada, kita tautkan semula hubungan yang mungkin telah lama terputus oleh masa dan keadaan.

Sejarah Perkhidmatan Penulis Sebagai Pendidik:-

  • 1984 – 86: Bertugas di Sekolah Kerajaan Kg. Melayu, Kota Samarahan, Kuching, Sarawak.
  • 1987 – 88: Bertugas di Kolej Tun Razak, Jalan Kuching-Serian, Kuching, Sarawak.
  • 1989  – 89: Bertugas di SM Dewan Beta, Kota Bharu, Kelantan.
  • 1990 – kini: Bertugas di SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan.

Ketika mula bertugas di Sarawak, penulis telah ditugaskan untuk mengajar di salah sebuah sekolah yang jauh di pedalaman (pada masa itu), terpaksa menaiki bot hampir 2 – 3 jam. Tetapi kini daerah itu telah membangun dan menjadi kota yang pesat dengan pembangunannya. Jika dahulu, jalan tar pun belum ada untuk ke Muara Tuang. Sukar hendak digambarkan oleh penulis peristiwa suka duka ketika bertugas di sana. Nanti, jika ada ruang yang mengizinkan, pasti penulis akan mencoretkannya untuk tatapan pembaca.

Kamek masih sik lupak ngan kitak!

Advertisements