TEMA:-

  • Kebijaksanaan serta beroleh nasib yang baik ketika menyelesaikan masalah.

PERSOALAN:-

  1. Sikap masyarakat yang tamak haloba.
  2. Patuh akan perintah pemimpin.
  3. Sikap mementingkan diri sendiri.
  4. Berjudi / pertaruhan merugikan diri.
  5. Sikap pembohongan seseorang yang dipercayai.

WATAK & PERWATAKAN:-

  • Pak Belalang ( seorang ahli nujum yang taat akan sultan).
  1. Bijak, ikhlas, suka berpura-pura, pembohong dan bernasib baik.
  • Juragan ( seorang saudagar kaya dan sudah beristeri )
  1. Bersikap tamak dan angkuh.
  2. Sangat menyayangi isterinya.
  • Raja Indera Maya
  1. Seorang sultan yang suka bertindak melulu.
  2. Sangat percaya akan kebolehan Pak Belalang.
  3. Baik hati.

LATAR MASA:-

  • Tempoh 3 hari
  • Zaman feudal

LATAR TEMPAT:-

  • Istana Raja Indera Maya
  • Rumah Pak Belalang
  • Di atas kapal juragan

LATAR MASYARAKAT:-

  • Masyarakat Melayu lama
  • Masyarakat atasan
  • Masyarakat yang patuh akan perintah sultan
  • Masyarakat yang angkuh dan mementingkan diri
Advertisements