Archive for Mei 4, 2010


Terdapat 5 bentuk soalan peribahasa yang biasa dikemukakan di peringkat SPM iaitu:-

  1. Menyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi.
  2. Menyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat.
  3. Mengisikan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
  4. Mengemukakan makna peribahasa.
  5. Membina ayat menggunakan peribahasa.

Soalan peribahasa ditanyakan melalui soalan 3(e) dan jumlah markahnya ialah 6 ( 6 soalan ).

  • Menyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi.
  1. Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian kemukakan 3 peribahasa yang menggambarkan situasi tersebut.

Amin dijaga dan dididik oleh ibu bapanya dengan kasih sayang yang melimpah ruah. Namun Amin langsung tidak berterima kasih kepada ibu bapanya sebaliknya dia sanggup membuang mereka setelah dia dewasa. Kini ibu bapanya hidup kesepian tanpa kasih sayang seorang anak.

  1. Bagai menatang minyak yang penuh.
  2. Seperti kacang lupakan kulit.
  3. Sebatang kara
  • Peribahasa malas bergarit perut perit bermaksud orang yang pemalas akan sentiasa kurang mendapat rezeki. Peribahasa ini juga boleh dimaksudkan sebagai orang yang malas, perutnya sentiasa menanggung lapar.
  • Maksud peribahasa ini berlawanan sekali dengan maksud peribahasa ringan tulang berat perut iaitu orang yang rajin akan sentiasa murah rezeki dan perut pun sentiasa kenyang.

Contoh ayat:-

  1. “Jika malas bekerja, tentulah kamu akan menghadapi masalah untuk meneruskan kehidupan kerana malas bergarit perut perit,” ┬ákata emak kepada Azim.
  2. Seseorang yang bersikap pemalas akan sentiasa mendapat kerugian dalam segala hal seperti malas bergarit perut perit.

JADI kita mestilah rajin seperti maksud peribahasa di bawah:-

  • seperti anai-anai makan kayu.
  • bagai lebah menghimpun madu.
  • ringan tulang berat perut.
  • ringan tulang.

TEMA:-

  • Ketabahan serta kesabaran yang tinggi seorang anak yang bertanggungjawab menjaga ibunya yang sakit.

PERSOALAN:-

  • Menghormati orang tua.
  • Rajin berusaha untuk memajukan keluarga.
  • Sikap bertolak ansur antara adik-beradik.
  • Taat akan suami.
  • Tanggungjawab menjaga ibu bapa yang sudah tua.

PLOT:-

A. PERMULAAN/PENGENALAN:-

  • Ibu seorang suri rumah yang menjalankan perniagaan menjual barangan dapur dari kampung ke kampung.
  • Perniagaan ibu berjaya walaupun bermula dengan modal kecil dan tiada asas ilmu perniagaan.

B. PERKEMBANGAN:-

  • Setelah datuk meninggal, emak kepada ibu yang dipanggil ’embah’ telah dibawa tinggal dengan mak cik di KL.
  • Lebih 18 tahun embah tinggal dengan mak cik.
  • Embah sering dimasukkan ke wad kerana masalah jantung.
  • Ibu dan ayah sering melawat embah di hospital.

C. PERUMITAN:-

  • Disebabkan suami mak cik telah meninggal dunia, hidup mak cik sedikit tertekan.
  • Embah kemudiannya tinggal bersama-sama ibu dan ayah di kampung setelah diminta oleh mak cik.
  • Ibu kasihan akan mak cik yang terpaksa membesarkan 4 orang anaknya tanpa suami.

D. KLIMAKS:-

  • Keadaan kesihatan embah semakin tenat.
  • Selain uzur, Embah mengalami trauma kerana pernah kehilangan 2 orang anak lelaki dalam masa seminggu.

E. PELERAIAN:-

  • Ibu tetap tabah dan sabar menjaga embah dengan penuh kasih sayang.
  • Ayah sering di sisi memberikan sokongan moral kepada ibu, terutama selepas bersara.
  • Kecekalan ibu telah membuatkan ‘aku’ menjadi seorang ibu yang baik dan penyayang.