PENGKALAN CHEPA, 5 Mei – Yang Maha Mulia Pemangku Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra mencemar duli berangkat ke Majlis Graduasi SPM 2010 di SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra. Majlis gilang-gemilang itu berlangsung di Dewan Gemilang bertujuan meraikan kejayaan cemerlang pelajar-pelajar  SPM dan PMR 2009 sekolah berasrama penuh ini yang telah meletakkannya antara kalangan sekolah terbaik negara.

Majlis penuh adat istiadat itu dimulai dengan perarakan masuk para graduan, diikuti perarakan ahli akademik serta perarakan mengiringi Yang Maha Mulia Pemangku Sultan Kelantan ke pentas graduasi bagi menyempurnakan penyampaian anugerah kepada para pelajar yang terlibat.

Seramai 3 orang pelajar mendapat Anugerah Khas PIBG dan Alumni atas pencapaian A+ bagi semua mata pelajaran. Mereka ialah:-

  • Nur Syuhadah bt. Muhammad ( Tempat ke-7 terbaik kebangsaan )
  • Abdul Syakir b. Adnan
  • Hairul Azman b. Hanafi

Sejumlah 24 orang graduan pula dianugerahkan Sijil Khas PIBG dan Alumni kerana pencapaian A bagi semua mata pelajaran.

Bagi kategori PMR 2009, seramai 117 orang pelajar dianugerahkan Sijil Khas PMR kerana memperoleh A dalam semua subjek yang diduduki.

Advertisements