Archive for Mei 6, 2010


Info: Tema Hari Guru 2010…?

Sambutan Perayaan Hari Guru 2010

Tarikh: 16 Mei 2010 (Ahad)
Tempat: Universiti Malaysia Pahang
Tema: Guru Pembina Negara Bangsa


Atur cara Majlis Pelancaran:

8.00 pagi Ketibaan jemputan
9.25 pagi Ketibaan YAB Menteri Besar Pahang
9.30 pagi Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri
Doa
Ucapan alu-aluan oleh Y. Bhg. KPPM
Ucapan Perasmian Perayaan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri
Upacara menaikkan bendera
Ikrar Guru
Persembahan
Penyampaian Anugerah
11.30 pagi Jamuan
Bersurai

Anugerah

  1. Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan
  2. Anugerah Kepimpinan Pendidikan Menteri Pelajaran
  3. Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas
  4. Anugerah Guru Cemerlang Kurang Upaya
  5. Anugerah Guru Inovatif


Seperti sirih pulang ke gagang > kena pada tempatnya / sesuai / tepat / seperti pinang pulang ke tampuknya.

  • Langkah kerajaan menaikkan cukai rokok sangatlah tepat bagi mengurangkan ketagihan rokok dalam kalangan masyarakat seperti sirih pulang ke gagang.

Seperti si buta kehilangan tongkat > orang yang malang bertambah derita apabila ditimpa kesusahan / sudah jatuh ditimpa tangga.

  • Apabila kematian ayah, tempat mendapat kasih sayang hanyalah daripada ibu. Kini ibunya pula telah meninggal dunia. Hidupnya semakin merana seperti si buta kehilangan tongkat.

Seperti aur ditarik songsang > satu pekerjaan yang amat sukar dilakukan kerana salah cara melakukannya.

  • “Jika kamu menelaah pelajaran apabila sudah hampir peperiksaan, kamu akan berhadapan dengan banyak masalah seperti aur ditarik songsang,” pesan cikgu kepada pelajarnya.

Seperti air dalam kolam > orang yang sentiasa kelihatan tenang.

  • Saya begitu kagum akan sikap Ali, walaupun sering dilanda masalah tetapi dia kelihatan biasa sahaja seperti air dalam kolam.

Seperti anai-anai makan kayu > melakukan sesuatu kerja dengan rajin dan teliti.

  • Peperiksaan semakin hampir dan seharusnya kamu tekun belajar seperti anai-anai makan kayu.