Archive for Mei 7, 2010


Kita masih lagi berbincang tentang kosa kata klasik yang banyak ditemukan ketika kita menelaah buku antologi. Di bawah ini penulis akan menghuraikan makna dan contoh penggunaannya dalam ayat.

  • kencana > emas …. terimalah anak-anakan kencana ini.….
  • kesuma > bangsawan / golongan atasan … benarlah titah duli kesuma
  • kendak > berzina / bermukah … Hatta antara itu Hang Kasturi pun berkendak dengan seorang dayang-dayang….
  • kaus > kasut / sepatu … Hamba minta tuan tolong belikan kaus barang sepasang..
  • kecindan > jenaka, gurau senda / kelakar
  • kandil > lampu / pelita … Tiap-tiap malam perempuan itu akan memasang semua kandilnya.
  • keti > seratus ribu … Ada dua keti rakyat berhimpun di ….

Perkataan klasik di atas biasa kita temukan dan jika tidak diberikan perhatian, sudah pasti akan memeningkan kepala untuk mendapatkan maknanya.

  • pesara tergolong sebagai kata nama yang bermaksud orang yang telah bersara ataupun pencen. Tapi sebagai kata klasik, maksud ‘pesara’ ialah pekan atau pasar. Contoh ayat: … maka berbunyi pada orang sampai di tengah pesara.
  • pertala bermaksud lapisan. Tujuh pertala bumi, tujuh pertala langit.
  • pelebaya ialah jawatan atau orang yang menjalankan hukuman mati.
  • pingit pula bermaksud terkurung atau tidak diberikan kebebasan. Contoh ayat: Gadis Melayu dahulunya pingit dan hanya kelihatan sekali-sekala sahaja.
  • pokta bermaksud jelita, elok, tiada bandingan.