Perkataan klasik di atas biasa kita temukan dan jika tidak diberikan perhatian, sudah pasti akan memeningkan kepala untuk mendapatkan maknanya.
- pesara tergolong sebagai kata nama yang bermaksud orang yang telah bersara ataupun pencen. Tapi sebagai kata klasik, maksud ‘pesara’ ialah pekan atau pasar. Contoh ayat: … maka berbunyi pada orang sampai di tengah pesara.
- pertala bermaksud lapisan. Tujuh pertala bumi, tujuh pertala langit.
- pelebaya ialah jawatan atau orang yang menjalankan hukuman mati.
- pingit pula bermaksud terkurung atau tidak diberikan kebebasan. Contoh ayat: Gadis Melayu dahulunya pingit dan hanya kelihatan sekali-sekala sahaja.
- pokta bermaksud jelita, elok, tiada bandingan.