Banyak sekali kita temukan penggunaan frasa di atas yang digunakan sebagai kata hubung dalam setiap ayat dan akibatnya ayat tersebut menjadi tidak gramatis atau mengalami kesalahan.

Untuk makluman frasa ‘yang mana’ dan ‘di mana’ sebenarnya merupakan frasa pertanyaan (ayat tanya) yang semestinya diakhiri dengan tanda ‘?’. Apabila menjadi ayat tanya, sudah semestinya “memerlukan jawapan”. Lihat contoh penyalahgunaan frasa tersebut dan pembetulannya:-

  • Saya telah mendengar berita ‘di mana’ awak telah terpilih sebagai juara.
  • Kesalahan berat itu ‘yang mana’ telah dilakukan tanpa rela turut menjejaskan nama baik keluarganya.

SEPATUTNYA:-

  • Saya telah mendengar berita yang awak telah terpilih sebagai juara.
  • Kesalahan berat yang telah dilakukan tanpa rela itu turut menjejaskan nama baik keluarganya.
Advertisements