• Hampir 300 juta orang di seluruh dunia menghidap penyakit asma / lelah dan angka ini akan meningkat naik 100 juta lagi pada 2025.
  • Asma ialah sejenis penyakit kronik paru-paru iaitu berlaku inflamasi atau radang pada saluran pernafasan.

Simptom Asma:-

  • Pesakit selalu mengalami batuk yang berpanjangan terutama pada waktu malam atau awal pagi.
  • Pesakit juga mengalami pernafasan yang pendek, sesak nafas atau sukar bernafas dan dada terasa ketat.
  • Pernafasan berbunyi atau wheezing.
  • Pesakit mengalami batuk berbulan-bulan sehingga terpaksa mengambil pelbagai ubat batuk tetapi menjadi semakin serius.

Advertisements