Archive for Mei 18, 2010


Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dijangka akan ke SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra pada 22 Mei 2010, jam 3.30 petang kerana menjadi tetamu kehormat dalam Majlis Anugerah Cemerlang Kali ke-35 (MAC 2010).

Seramai 280 orang pelajar cemerlang akan menerima hadiah dan cenderamata daripada Yang Berhormat Menteri kerana kejayaan memperoleh 8A dalam PMR 2009 dan 8A (menengah rendah) dan 10A (menengah atas)  bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2009 di samping penerima-penerima Anugerah Khas Pencapaian Bahasa Arab, Bahasa Perancis dan Bahasa Jepun.

Selepas sahaja majlis gilang-gemilang itu, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-34 akan dijalankan. Mesyuarat itu dijangkakan bermula pada jam 5.00 petang.

Banyak sekali ungkapan peribahasa yang membawa maksud melakukan sesuatu pekerjaan yang sia-sia atau tidak membawa faedah apa-apa. Antaranya:-

  • Bagai kambing menanduk bukit > kerja yang sia-sia yang merugikan diri.
  • Bagai mencencang air > melakukan kerja yang tidak berfaedah.
  • Laksana layang-layang melawan angin > perbuatan yang sia-sia.
  • Laksana mencari sungai yang tiada berhulu > berpenat lelah yang sia-sia
  • Laksana wau melawan angin > perbuatan yang sia-sia.
  • Seperti anjing menyalak bukit > perbuatan yang sia-sia.
  • Bagai menghitung bulu kambing > perbuatan yang sia-sia.
  • Bagai hujan jatuh ke pasir > perbuatan yang sia-sia.
  • Jangan lemparkan pancing tiada berumpan > kerja yang sia-sia.
  • Arang habis, besi binasa > pekerjaan yang sia-sia.

SINOPSIS:-

  • Merah Gajah yang berkahwin dengan Puteri Betong telah dikurniakan 2 orang anak iaitu yang sulung ialah Merah Silu dan yang kedua, Merah Hasum.
  • Merah Gajah telah melanggar larangan Puteri Betong dengan mencabut sehelai rambut keemasan miliknya menyebabkan mereka terpaksa berpisah. (Puteri Betong telah ghaib)
  • Raja Muhammad amat marah apabila mendapat tahu bahawa anaknya hilang dan mengerahkan askarnya membunuh Merah Gajah.
  • Raja Ahmad dengan askarnya menyerang Raja Muhammad apabila mengetahui anaknya Merah Gajah telah dibunuh.
  • Merah Silu dan Merah Hasum lari meninggalkan negeri Semerlanga ke Beruana dan membuka perkampungan baru di sebelah-menyebelah sungai.
  • Merah Silu memasang bubu setelah melihat ikan yang banyak di sungai tetapi apabila keesokan harinya, didapati bubunya penuh dengan cacing gegelang.
  • Merah Silu merebusnya dan cacing itu bertukar menjadi emas, buihnya menjadi perak. Baginda menjadi kaya raya.
  • Akibat orang tidak menyukainya (kerana suka bermain dengan haiwan yang tidak berguna), Merah Silu pun berpindah dengan membawa segala harta dan kerbaunya ke hulu Sungai Pasangan, kemudian ke hulu Karang. Malangnya habis tanaman orang dimakan kerbaunya. Merah Silu terpaksa berpindah lagi.
  • Merah Silu ke hulu Semenda dan tiba di negeri Buluh Telang.
  • Megat Iskandar melayannya dengan baik dan memintanya tinggal di situ kerana terdapat padang yang luas untuk kerbaunya mendapatkan makanan.
  • Megat Iskandar tetap hendak merajakan Merah Silu kerana dia disukai rakyat walaupun mendapat tentangan orang besar-besar termasuklah Tun Aria Benong.
  • Sultan Maliku’l-Nasar iaitu adik Megat Iskandar datang ke Rimba Jerun lalu berperang dengan Merah Silu tetapi tewas.
  • Merah Silu pun dirajakan oleh Megat Iskandar di Rimba jerun.

TEMA:-

  • Perjalanan hidup Merah Silu sejak lahir sehingga menjadi raja di Rimba Jerun.

PERSOALAN:-

  • Kehilangan ibu dan ayah menyebabkan anak-anaknya mengembara.
  • Persengketaan terjadi akibat perasaan dendam dan marah.
  • Kejadian aneh yang berlaku menunjukkan watak utama memiliki kehebatan dan keistimewaan.
  • Pembukaan sesebuah negeri dimulakan oleh golongan bangsawan.
  • Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun.

Seri Rama