Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dijangka akan ke SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra pada 22 Mei 2010, jam 3.30 petang kerana menjadi tetamu kehormat dalam Majlis Anugerah Cemerlang Kali ke-35 (MAC 2010).

Seramai 280 orang pelajar cemerlang akan menerima hadiah dan cenderamata daripada Yang Berhormat Menteri kerana kejayaan memperoleh 8A dalam PMR 2009 dan 8A (menengah rendah) dan 10A (menengah atas)  bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2009 di samping penerima-penerima Anugerah Khas Pencapaian Bahasa Arab, Bahasa Perancis dan Bahasa Jepun.

Selepas sahaja majlis gilang-gemilang itu, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-34 akan dijalankan. Mesyuarat itu dijangkakan bermula pada jam 5.00 petang.

Advertisements