Archive for Mei 20, 2010


Mantera…?

  • Kata ‘mantera’ berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu ‘manir’ atau ‘matar’ yang bermaksud jampi.
  • Dalam Kesusasteraan Melayu, mantera bermaksud segala jenis pengucapan yang mengandungi tujuan magis, pengubatan ataupun pembomohan.
  • Genre puisi ini tiada kaitan langsung dengan doa.
  • Contoh:-
Mantera Pengasih
Hei om pali
Hei hantu
Jembalang bumi
Kaupergi mengambil semangat roh si anu
Bawa dia kepada aku
Menyala seperti aku
Seperti nasi mendidih
Jika engkau tidak membawanya dia kepada aku
Seperti api yang menyala
Nasi yang mendidih
Kusumpah engkau
Derhaka engkau kepada Allah
Bukan dengan kuasa aku
Dengan kuasa Allah.

  • Kata ‘gurindam’ berasal daripada bahasa Sanskrit.
  • Setiap untai gurindam mengandungi 2 baris.

Contoh:

Barang siapa tiada mengenal agama,
Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
  • Rima hujung gurindam sama iaitu a-a.
  • Baris pertama gurindam disebut syarat, sementara baris kedua disebut jawab.
  • Penyampaian gurindam adalah serius, tidak berjenaka, tidak berteka-teki dan tidak menyindir.
  • Gurindam ialah puisi bertulis.
  • Gurindam berperanan sebagai alat yang digunakan untuk menyampaikan pengajaran dan mendidik.

    Cerita ‘Pelayaran yang Penuh Peristiwa’ yang dipetik daripada Hikayat Awang Sulung Merah Muda mengisahkan pelayaran Awang Sulung Merah Muda bersama-sama Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Awang Sulung Merah Muda telah menyamar sebagai budak yang comot dan hitam. Disebabkan itu baginda dipandang hina oleh Tuanku Nakhoda Tua.

    TEMA:-

    • Penyamaran Awang Sulung Merah Muda(ASMM) dalam pelayaran yang menempuh pelbagai peristiwa.

    SINOPSIS:-

    • ASMM mengambil tugas daripada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa (TPDSJ) menjaga kemudi geliung (kapal).
    • TPDSJ jatuh hati kepada ASMM.
    • Selepas 3 hari belayar, mereka tiba di Pulau Tapai. TPDSJ mengajak ASMM berlabuh untuk mengambil kayu dan air.
    • TPDSJ mahu menguji kecekapan ASMM dengan menyuruh Si Kembang Cina mengambil buyung suasa dan meminta ASMM mengambil air.
    • ASMM tidak ke pulau tetapi ke tengah laut, tempat arus paling deras. Air masin yang diambil bertukar menjadi manis seperti serbat.
    • Tuanku Nakhoda Tua(TNT) memberitahu anak kapal (geliung) bahawa Laut Sekona Lingga ialah kawasan lanun dan sesiapa yang dapat menyelamatkan seisi kapal itu akan dikahwinkan dengan TPDSJ.
    • Ramai yang berminat untuk mengahwini TPDSJ itu termasuklah jurumudi.
    • TNT menyuruh budak hitam(ASMM) pergi melawan lanun di laut.
    • Setelah dipujuk ASMM pun mandi dengan limau selimpar pagar dan sabun mandi, tubuhnya hitam menjadi putih dan TPDSJ semakin terpikat.
    • ASMM memakai pakaian pusaka tua warisan bonda, mengenakan keris dan pedang sakti lalu berjumpa ketua lanun.
    • ASMM meminta ketua lanun Si Helang Laut, Si Kecil Muda Teruna dan Si Kecil Muda Suara mengambil TPDSJ untuk dijadikan hamba.
    • Ketua lanun mengenali suara ASMM lalu berasa takut.
    • ASMM memberitahu pelayarannya mengiringi TPDSJ pulang ke negerinya.
    • Disebabkan ASMM ada hutang 28 rial dan emas sejangka tiga kepada Datuk Batin, maka ketua-ketua lanun itu memenuhkan kapal itu dengan rial batu dan emas.
    • ASMM memberitahu TPDSJ bahawa dia telah mengalahkan Tuan Puteri Dayang Nuramah yang mahu merampasnya daripada TPDSJ
    • Jurumudi(ASMM) membuat helah dengan menikam seekor ayam dengan kerisnya dan memberitahu bahawa dia telah menyelamatkan kapal daripada lanun.
    • TNT pun memerintahkan Mualim Cik Mas menikahkan anaknya dengan jurumudi itu.
    • Akhirnya ASMM dinikahkan dengan TPDSJ.
    • Mereka akhirnya tiba di Negeri Pati Talak Terengganu. Semasa berangkat turun dari kapal, satu perkara aneh berlaku iaitu segala alat kebesaran berbunyi sendiri dan disambut oleh seluruh isi alam.
    • Ayam ASMM iaitu Kinantan Suci telah menang berlaga dengan ayam di negeri itu.