• Masnawi merupakan genre puisi yang berasal dari Parsi.
  • Genre ini pertama kali dihasilkan oleh Jalaluddin al-Rumi.
  • Isi masnawi biasanya merupakan ajaran-ajaran tasawuf.
  • Dalam sastera Melayu, masnawi ditulis untuk memuji tokoh-tokoh ternama atau perbuatan-perbuatan yang baik.
  • Rima hujung tiap-tiap 2 baris masnawi adalah sama, iaitu a-a, b-b, c-c dan seterusnya.
  • Setiap baris mengandungi antara 10 – 14 suku kata. Contoh masnawi ialah:-
Umar yang adil dengan perinya
Nyatalah pun adil sama sendirinya
Dengan adil itu anaknya dibunuh
Inilah ‘adalat’ yang benar dan sungguh
Dengan beda antara isi alam
Ialah yang besar pada siang dan malam
Lagipun yang menjauhkan segala syar
Imamul hak di dalam Padang Mahsyar
Barang yang hal Ta’ala katakan itu
Maka katanya sebenar begitu.
Advertisements