• Rubai ialah sejenis puisi Parsi yang disadurkan daripada Kesusasteraan Arab, kemudian diserap ke dalam Kesusasteraan Melayu.
  • Rubai terdiri daripada 4 baris serangkap.
  • Rimanya ialah a-a-a-a atau a-a-b-a.
  • Rubai biasanya mengandungi isu-isu keagamaan yang digunakan untuk mendidik masyarakat.
  • Genre jenis ini banyak ditemukan dalam Taj al-Salatin, karya Bukhari al-Jauhari. Contoh serangkap rubai:-
Subhanahu Allah apa hal manusia,
Yang tubuhnya dalam tanah jadi duli yang sia-sia,
Tanah itu kujadikan tubuhnya kemudian,
Yang ada dahulu padanya terlalu mulia.
Advertisements