Cuba amati betul-betul penggunaan penjodoh bilangan dalam ayat-ayat di bawah:-

(1) Sebuah keluarga miskin yang tinggal di kawasan setinggan kini dirujuk kepada Bahagian Bantuan, Kementerian Pembangunan Keluarga.
(2) Sebuah sungai di kawasan Gua Musang didapati mengalami pencemaran yang amat teruk.
(3) Semua peserta semestinya memiliki sebuah impian menjadi juara.

Penggunaan penjodoh bilangan bagi ayat (1) : – sebuah keluarga, ayat (2) :- sebuah sungai dan ayat (3) :- sebuah impian SEBENARNYA SALAH.

SEPATUTNYA:-

  • sebuah keluarga  > satu keluarga
  • sebuah sungai  > sebatang sungai
  • sebuah impian  > satu impian
Advertisements