Archive for Mei 25, 2010


  • Sebanyak 10 buah daripada 41 buah penjara di seluruh negara telah penuh.
  • Antara penjara tersebut ialah Sandakan, Kota Kinabalu, Marang, Pengkalan Chepa, Tapah dan Kluang.
  • Menurut Jabatan Penjara, kini terdapat 38,214 orang banduan sedang menjalani hukuman di seluruh penjara.
  • Kira-kira 12,000 orang (32%) daripada jumlah banduan itu ialah rakyat asing termasuklah PATI.

Sumber: Awang Selamat, Utusan Malaysia, 25 Mei 2010.

Sebagai sebuah negara Islam amatlah malang apabila kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Marsitah Ibrahim berbunyi begini” bahawa tiada lagi majlis anjuran kerajaan akan diadakan di hotel yang tidak ada sijil halal daripada Jakim”.

Hal ini demikian kerana apabila disemak di laman web e-halal Jakim, sehingga 24 Mei 2010, HANYA 62 BUAH DAPUR HOTEL DI SELURUH NEGARA YANG MEMPUNYAI SIJIL HALAL JAKIM. JUMLAH HOTEL DI SELURUH NEGARA KINI MELEBIHI 2000 BUAH. ( HANYA 3.1% SAHAJA YANG MEMPUNYAI SIJIL HALAL) ….

JADI MACAM MANA? …. TERLEPASKAH UMAT ISLAM DARIPADA MENJAMAH DAN MEMAKAN BENDA YANG HARAM?

SIAPAKAH YANG MESTI BERTANGGUNGJAWAB?????????

Sumber: ‘Ajar’ hotel tiada sijil halal, Mohd Radzi Mohd Zin, Utusan Malaysia, 25 Mei.

  • Frasa yang digunakan untuk membandingkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain.
  • Susunan katanya ringkas.
  • Digunakan untuk menerangkan sesuatu keadaan, melindungi sesuatu perkara yang tidak sepatutnya disebut kerana tidak manis diucapkan.
  • Tujuan lain adalah untuk menjelaskan sesuatu perkara supaya lebih senang difahami.

CONTOH KIASAN:-

  1. Adil seperti hakim  > orang yang sangat adil dalam tindakannya.
  2. Bebas seperti burung  > keadaan hidup yang sangat bebas tanpa mengikut peraturan biasa.
  3. Cerdik seperti kancil  > kepandaian yang berasaskan tipu helah.
  4. Degil seperti keldai  > keras hati dan sukar dinasihati.
  5. Elok umpama bulan purnama  > rupa paras yang sangat cantik.
  6. Jinak seperti merpati  > nampak saja jinak tetapi sukar untuk didekati.
  7. Lurus seperti bendul  > seseorang berfikiran pendek atau sehala saja. (jujur tetapi bodoh)
  8. Manis seperti madu  > sangat manis.