- Frasa yang digunakan untuk membandingkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain.
- Susunan katanya ringkas.
- Digunakan untuk menerangkan sesuatu keadaan, melindungi sesuatu perkara yang tidak sepatutnya disebut kerana tidak manis diucapkan.
- Tujuan lain adalah untuk menjelaskan sesuatu perkara supaya lebih senang difahami.
CONTOH KIASAN:-
- Adil seperti hakim > orang yang sangat adil dalam tindakannya.
- Bebas seperti burung > keadaan hidup yang sangat bebas tanpa mengikut peraturan biasa.
- Cerdik seperti kancil > kepandaian yang berasaskan tipu helah.
- Degil seperti keldai > keras hati dan sukar dinasihati.
- Elok umpama bulan purnama > rupa paras yang sangat cantik.
- Jinak seperti merpati > nampak saja jinak tetapi sukar untuk didekati.
- Lurus seperti bendul > seseorang berfikiran pendek atau sehala saja. (jujur tetapi bodoh)
- Manis seperti madu > sangat manis.