PLOT

Permulaan:-

  • Amin meminta wang daripada ibunya kerana mahu membayar yuran persekolahan dan peperiksaan PMR.
  • Ibunya tidak dapat menunaikan permintaan Amin kerana ketiadaan wang.

Perkembangan:-

  • Amin dimarahi oleh Cikgu Arsad dan pengetua.
  • Pengetua mengingatkannya supaya segera membayar yuran PMR agar dia layak menduduki peperiksaan.

Perumitan:-

  • Amin ponteng sekolah kerana takut akan dimarahi Cikgu Arsad dan pengetua.
  • Sewaktu di pekan, Amin berjaya menangkap seorang peragut yang meragut beg seorang wanita.
  • Amin dan peragut itu dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Klimaks:-

  • Mak Jah menanti Amin di muka pintu rumahnya.
  • Mak Jah sedih kerana mengetahui Amin ponteng sekolah.
  • Mak Jah mengingatkan Amin pesan arwah ayahnya yang mahu melihat Amin belajar bersungguh-sungguh.

Peleraian:-

  • Wanita muda yang ditolong Amin datang ke rumah untuk memulangkan beg Amin yang tertinggal di balai polis.
  • Wanita itu memberikan hadiah kepada Amin yang membantunya menangkap peragut tersebut.