Archive for Jun, 2010


Pendahuluan:

  • Isu perpaduan sering diperkatakan.
  • Banyak pihak akur bahawa perpaduan kaum di negara kita lebih baik berbanding dengan negara lain.
  • Perpaduan merupakan elemen penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

Isi Esei: (Langkah-langkah)

  • Kempen kesedaran pentingnya perpaduan mestilah dilaksanakan sepanjang tahun oleh pihak kerajaan, swasta dan anggota masyarakat.
  • Pemimpin politik  yang mewakili kaum sewajarnya tidak memainkan isu-isu perkauman yang sempit semata-mata untuk popular.
  • Semua pihak mesti berusaha mengelakkan pergeseran walaupun sekecil mana.
  • Generasi muda patut dibentuk sahsiah dan jati dirinya ke arah pewujudan konsep 1Malaysia.
  • Menganjurkan program-program yang memberikan peluang kepada semua kaum terlibat sama seperti gotong-royong, sukan dan rekreasi, sambutan perayaan dan sebagainya.
  • Mengemaskinikan kurikulum sekolah yang lebih menjurus ke arah perpaduan kaum.
  • Kerajaan mestilah berusaha gigih untuk mengurangkan jurang perbezaan antara kaum seperti taraf ekonomi, pendidikan dalam kalangan masyarakat.
  • Pihak berkenaan mestilah bertindak cepat dan tegas dalam membanteras kes-kes yang berunsurkan perkauman dan persengketaan antara kaum.

Penutup:

  • Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • Semua pihak mesti berganding bahu dalam usaha meningkatkan dan mengekalkan semangat perpaduan kaum di negra kita agar kita dapat hidup dalam suasana aman dan damai.
  • Kerjasama ini bagai aur dengan tebing.

No. soalan 29:

29. Jurulatih pasukan itu hanya melebih-lebihkan cerita kehebatan pasukannya untuk melemahkan semangat pasukan lawan.

Hal ini boleh diibaratkan

  • A  membuang garam ke laut.
  • B  tanah sekepal digunungkan.
  • C  belum duduk sudah berlunjur.
  • D  kalau tiada angin bertiup, takkan pokok bergoyang.

JAWAPAN: B

Soalan no. 27. ( Memilih ayat yang betul)

  1. Semua guru yang sedang berkhidmat di sekolah yang baru dibuka itu.
  2. Lembu-lembu yang bertempiaran di padang itu sedang meragut rumput.
  3. Penemuan barang-barang lama di kawasan itu sangat penting kepada ahli-ahli sejarah.
  4. Kerja-kerja membaik pulih bangunan bersejarah itu dijangka menelan perbelanjaan yang besar.
  • A  I dan II
  • B  III dan IV
  • C  I, II dan IV
  • D  II, III dan IV

Analisis:

  1. Ayat I salah kerana ayat tersebut ialah ayat tergantung. (Tiada predikat)
  2. Ayat II salah kerana perkataan bertempiaran sepatutnya berkeliaran dan sepatutnya ‘ Lembu yang berkeliaran di padang itu….
  3. Ayat III dan ayat IV betul.

Jawapan untuk soalan 27 di atas ialah B iaitu III dan IV.


Bina ayat…?

Cuba lihat perbezaan ayat apabila perkataan itu berbeza imbuhannya:

meninggal

  • Datuknya meninggal dunia pada petang semalam.

meninggalkan

  • Dia terpaksa meninggalkan anaknya di rumah ayahnya kerana pembantunya pulang ke Indonesia.

tinggal

  • Adik tinggal seorang sahaja di rumah ketika itu.
  • Saya tinggal di Kota Bharu.
  • Jangan tinggal saya seorang diri di rumah.

tinggalan

  • Kubu lama itu tinggalan sejarah Perang Dunia Kedua.
  • Ini sahajalah tinggalan nenek moyang kita.

ketinggalan

  • Dia ketinggalan bas pagi tadi.
  • Ali begitu jauh ketinggalan berbanding pelumba lain.

Peninggalan

  • Rumah lama itu peninggalan keluarganya.
  • “Sepeninggalan saya nanti, tolong tengok-tengokkan nenek”, kata Ali.

Telefon bimbit merupakan alat komunikasi yang sangat popular dalam kalangan masyarakat moden pada hari ini tidak terkecuali golongan remaja. Penggunaannya semakin meluas disebabkan harganya semakin mampu dibeli serta memiliki teknologi yang amat canggih.

Antara kesan baik penggunaan telefon bimbit:-

  • menjadi penghubung yang efektif
  1. boleh menghubungi keluarga jika perlu
  2. menjadi media untuk berkomunikasi dengan rakan pelajar
  3. mengeratkan hubungan silaturahim
  • menjadi media penyalur maklumat dan hiburan
  1. boleh berkongsi ilmu dan maklumat dengan berkesan
  2. menghilangkan kebosanan dengan mendengar muzik dan menonton video

Manakala kesan buruknya pula:-

  • membazirkan wang kerana terpaksa menjelaskan bil
  1. wang sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara yang lebih perlu
  2. remaja leka sehinggakan bil telefon bimbit berganda
  • membuang masa kerana leka oleh hiburan yang tersedia
  1. mengabaikan pelajaran sehingga tercicir
  2. mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan diri sendiri

Kesimpulan:-

Telefon bimbit seharusnya digunakan secara bijak oleh golongan remaja. Ibu bapa mestilah memantau penggunaan telefon bimbit oleh anak-anak mereka agar tidak disalahgunakan.

Bentuk ayat…?

Walaupun sebaris ayat memceritakan maksud atau perkara yang sama, namun kita dapat menukarkan bentuk ayat tersebut kepada beberapa bentuk yang lain tanpa mengubah maksudnya. Lihat contoh bentuk ayat di bawah:-

  • Awak mempercayai kata-kata saya.  > Ayat aktif
  • Kata-kata saya awak percayai.  > Ayat pasif
  • Awak percaya kata-kata saya.  > Ayat pasif songsang
  • Percayailah kata-kata saya ini.  > Ayat perintah
  • Percayakah awak kata-kata saya?  > Ayat tanya

Kepada pelajar Tg. 3 Alpha dan 3 Lambda:-

Sila layari blog ‘SuArA_KiLaT.com untuk mendapatkan maklumat tentang tugasan Bahasa Melayu sempena cuti persekolahan ini. Anda perlu menyiapkan tugasan dan menghantarkannya kepada cikgu pada hari pertama sekolah dibuka.

Sekian, harap maklum.

CiKgUaZeMi

Isu tindakan ganas dan tidak berperikemanusiaan Israel ke atas kapal bantuan Mavi Marmara dan MV Rachel Corrie yang menyertai Flotila Pembebasan telah menimbulkan kemarahan dunia. Tindakan ganas yang tidak bertamadun Israel itu menyebabkan 9 orang aktivis terbunuh dan kebanyakannya rakyat Turki.

Insiden itu secara jelas menunjukkan kepada dunia betapa kerajaan Israel merupakan sebuah negara pengganas yang angkuh dan samseng.

Penulis pada kesempatan ini mengajak semua pembaca agar menadahkan tangan memohon doa kepada Allah agar saudara kita di Pelestin akan diberikan pertolongan oleh-Nya.

Amin…

Mungkin ada sesetengah pelajar dan pengunjung setia ‘Cikgu Azemi’s Blog’ berasa hairan bin ajaib kerana sejak akhir-akhir ini cikgu agak lambat dalam mengemaskinikan bahan dan maklumat, tidak seperti biasa.

Memang benar cikgu kini terpaksa menggandakan usaha kerana kini cikgu telah memiliki dua blog yang perlu dikemas kini dari semasa ke semasa. Mungkin itu menjadi salah satu sebabnya.

Tetapi sebab yang sebenarnya ialah, kini iaitu 31 Mei – 4 Jun 2010 sedang berlangsung Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan di SM Sains Pasir Puteh. Antara yang dipertandingkan ialah bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta bola keranjang. Cikgu dan beberapa orang guru lain dari seluruh negara diberikan kepercayaan dan dilantik sebagai hakim pertandingan bahas ala parlimen itu.

Antara sekolah berasrama yang terlibat dalam pertandingan akhir kebangsaan kategori Bahas Bahasa Melayu ialah:-

  • The Malay College (MCKK)
  • Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
  • SM Agama Persekutuan Kajang (SMAPK)
  • SBPI Gombak (INTERGOM)
  • Kolej Tunku Khursiah (KTK)
  • Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR)
  • SBPI Kuantan (INTEK)
  • SBPI Temerloh
  • SM Sains Lahad Datu (SMSLD)
  • SM Sains Pasir Puteh (SMSP) – Tuan Rumah

Cikgu mohon maaf akan segala masalah yang timbul.