Mungkin ada sesetengah pelajar dan pengunjung setia ‘Cikgu Azemi’s Blog’ berasa hairan bin ajaib kerana sejak akhir-akhir ini cikgu agak lambat dalam mengemaskinikan bahan dan maklumat, tidak seperti biasa.

Memang benar cikgu kini terpaksa menggandakan usaha kerana kini cikgu telah memiliki dua blog yang perlu dikemas kini dari semasa ke semasa. Mungkin itu menjadi salah satu sebabnya.

Tetapi sebab yang sebenarnya ialah, kini iaitu 31 Mei – 4 Jun 2010 sedang berlangsung Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan di SM Sains Pasir Puteh. Antara yang dipertandingkan ialah bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta bola keranjang. Cikgu dan beberapa orang guru lain dari seluruh negara diberikan kepercayaan dan dilantik sebagai hakim pertandingan bahas ala parlimen itu.

Antara sekolah berasrama yang terlibat dalam pertandingan akhir kebangsaan kategori Bahas Bahasa Melayu ialah:-

  • The Malay College (MCKK)
  • Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
  • SM Agama Persekutuan Kajang (SMAPK)
  • SBPI Gombak (INTERGOM)
  • Kolej Tunku Khursiah (KTK)
  • Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR)
  • SBPI Kuantan (INTEK)
  • SBPI Temerloh
  • SM Sains Lahad Datu (SMSLD)
  • SM Sains Pasir Puteh (SMSP) – Tuan Rumah

Cikgu mohon maaf akan segala masalah yang timbul.

Advertisements