• Boleh dikatakan majoriti kata kerja yang menggunakan imbuhan meN-..-i dan meN-…-kan ialah kata kerja transitif (KKT).
  • Formula biasa penggunaan kata kerja transitif ialah : KKT ——> Objek (FN)
  • Contoh:-
  1. Dia menghadiahkan (KTT) sebuah buku (Objek)  kepada saya.
  2. Dia menghadiahi (KKT) saya (Objek) sebuah buku.
  • Sebuah buku ialah objek bergerak (berpindah daripada dia kepada saya)
  • Saya ialah objek tak bergerak.

Lihat contoh ayat di bawah:-

  • Saya melontarkan kambing itu dengan kayu. (Salah) – kerana kambing yang kena lontar…. berat!

SEPATUTNYA:

  • Saya melontarkan kayu ke arah kambing itu. ATAU
  • Saya melontari kambing itu dengan kayu.

CONTOH LAIN:-

  • Saya mengirimkan sepucuk surat kepada Ali. √
  • Saya mengirimkan Ali sepucuk surat. X
  • Saya mengirimi Ali sepucuk surat. √
  1. Ali > objek tak bergerak
  2. Sepucuk surat > objek bergerak ( berpindah tangan daripada saya kepada Ali)
Advertisements