RANGKAP

MAKSUD

Peradaban zaman semakin berlalau

meninggalkan kesan mendalam

terlalu indah apabila dipandang

terlalu mulia apabila diselidik

Adat tradisi lama yang yang indah dan sempurna menerbitkan kecantikan budaya yang menjamin keutuhan jati diri.

santun si dara jadi idaman

warak  si teruna jadi ikatan

si tua tersenyum mesra

memandang teruna dara

sama cantik sama padan

berganding bersama

di singgahsana …

Remaja ketika itu memiliki sifat terpuji sehingga melahirkan rasa bangga dalam kalangan tua.

Si dara dan si teruna menjadi sepadan apabila disatukan.

Masa itu telah jauh

zaman sudah berlalu

santun sang dara

dan warak sang teruna telah lenyap

Namun semuanya telah berubah dek perubahan masa. Amat sukar mencari gadis yang sopan dan teruna yang warak kerana sifat mulia itu mulai lenyap dalam arus kemodenan.

si tua berduka lara

memandang teruna dara

berganding tanpa silu

tanpa hormat

tanpa batasan

adapt sezaman ditinggal jauh

adapt agama dipandang remeh

adapt kuning jadi ikutan.

Advertisements