Jika kita lihat pada tajuk perbincangan pada kali ini, rasanya tidak ada apa-apa yang pelik dan tidak bermasalah. Ingat, itu jika kita pandang dengan sebelah mata sahaja. SEBENARNYA, perkataan ‘Ramadhan’ itu telah dieja dengan SALAH dan perlu dibuat pembetulan. Untuk makluman pembaca yang budiman, bagi perkataan yang dipinjamkan daripada bahasa Arab, bunyi lidah Arab itu mesti ditukarkan kepada lidah ‘Melayu’.

Lihat contoh kata pinjaman Arab dan pembetulan ejaannya:-

  • ramadhan  > ramadan
  • tamaddun   > tamadun
  • masaalah  > masalah
  • muhibbah  > muhibah
  • hajjah  > hajah
  • dzohor > zuhur
  • imsyak  > imsak
  • ummah  > umat
  • idul fithri > aidifitri
Advertisements