Soalan D Kertas BM2 ialah soalan yang berkaitan dengan novel. Soalan ini perlu dijawab dalam masa lebih kurang 10 minit dan markah penuhnya adalah 10. Ketika menjawab soalan-soalan novel, sama ada persoalan,nilai, pengajaran, latar dan lain-lain, perkara yang akan diminta adalah tentang peristiwa-peristiwa dalam novel yang ada kaitan dengan kehendak soalan. JADI, semua pelajar mestilah mengingati peristiwa-peristiwa penting novel dengan baik.

Antara peristiwa penting dalam novel Kanang Cerita Seorang Pahlwan ialah:-

  • 25 Mei 1965 > Hari perkahwinan Kanang dengan Helen Latai dan hari itu juga beliau diarahkan untuk menyertai menyelamat seorang askar New Zealand yang tersesat di hutan.
  • Gerakan Setia di Hutan Korbu, Perak>Pasukan ditugaskan untuk menggempur komunis di bawah pimpinan Nam Yat. Kanang berjaya membunuh 2 orang pengganas perempuan.
  • Gerakan Pukat di Tanah Hitam, Perak > Pasukan Kanang ¬†ditugaskan untuk memberi bantuan kepada pasukan RAMD yang telah diserang hendap oleh komunis. Pasukan Kanang juga diserang hendap dan beberapa orangnya cedera dan meninggal. Kanang membalas tembakan dan telah berjaya membunuh atau mencederakan beberapa orang komunis. Kanang ditembak di dada dan di perut dan tidak sedarkan diri. Kanang dihantar ke Hospital Besar Ipoh dengan helikopter. Kanang koma 3 bulan dan dirawat di sana selama hampir setahun.
    Advertisements