Archive for Januari, 2011


Klate gomo selangor…?

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER 30/1/2011:

  • SELANGOR VS KELANTAN: 0 – 2
  • TERENGGANU VS SABAH: 0 – 0
  • K. LUMPUR VS PERAK: 1 – 1
  • JOHOR FC VS FELDA UNITED: 0 – 0
  • KEDAH VS T-TEAM: 0 – 0
  • N. SEMBILAN VS HARIMAU MUDA A: 1 – 0
  • PAHANG VS PERLIS: 3 – 1

 

Peperiksaan  PMR 2010 telah berlalu dan keputusannya pun telah lama diumumkan. Tahniah kepada calon-calon yang berjaya dengan cemerlang dan pada yang kurang bernasib baik, jadikan keputusan itu sebagai sesuatu yang boleh dijadikan iktibar.

Pada kesempatan kali ini, cikgu ingin berkongsi maklumat tentang soalan Bahasa Melayu Kertas 2 (2010) iaitu bahagian penulisan. Seperti sedia maklum kertas ini mengandungi 5 soalan iaitu:

  1. Bahagian A(i) – Ringkasan
  2. Bahagian A(ii) – Pemahaman
  3. Bahagian B – Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan
  4. Bahagian C – Karangan
  5. Bahagian D – Novel

Bagi soalan Bahagian A(i) iaitu ringkasan, calon diarahkan untuk membuat ringkasan berdasarkan petikan tentang kepentingan sukan.

ARAHAN SOALAN:-

  • Tulis ringkasan tentang kepentingan sukan dalam meningkatkan kecemerlangan murid.
  • Panjangnya tidak melebihi 80 patah kata.

ANTARA ISINYA:

  1. Sukan dapat meningkatkan disiplin murid.
  2. Murid akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya.
  3. Sukan mampu melahirkan insan yang sihat dari segi fizikal dan mental.
  4. Murid akan mempunyai akal yang sempurna untuk berfikir.
  5. Sukan menerapkan semangat berpasukan yang tinggi.
  6. Murid juga akan mempunyai semangat juang yang kental.
  7. Murid juga mampu menerima kegagalan secara positif.

Bagi soalan Bahagian A(ii) iaitu pemahaman, 3 soalan dikemukakan, iaitu:-

  1. Berikan maksud berganding bahu dalam petikan. [2 markah]
  2. Bagaimanakah Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan membantu dalam mempertingkatkan pencapaian sukan dalam kalangan pelajar? [4 markah]
  3. Sesetengah ibu bapa kurang menggalakkan anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti sukan. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku? [4 markah]

JAWAPAN:-

  1. Maksud frasa berganding bahu ialah saling bekerjasama.
  2. Majlis Sukan Negara memberikan sokongan kepada kegiatan sukan dan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah manakala Kementerian Belia dan Sukan telah bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia membina sekolah sukan dengan lebih banyak.
  3. Pada pendapat saya, ibu bapa kurang menggalakkan anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti sukan adalah kerana khuatir akan mengganggu prestasi akademik anak-anak. Selain itu ibu bapa juga takut anak-anak mereka terbabit dengan kecederaan atau kemalangan ketika bersukan.

Bagi soalan Bahagian B iaitu karangan bahan rangsangan, calon diminta mengarang kesan-kesan kegiatan pembalakan secara tidak terkawal berdasarkan gambar rajah yang disediakan.

  • KESAN KEGIATAN PEMBALAKAN SECARA TIDAK TERKAWAL:-
  1. Kemusnahan flora dan fauna
  2. Pencemaran sungai
  3. Kejadian tanah runtuh
  4. Kejadian banjir

Bagi soalan Bahagian C, tajuk atau soalannya adalah seperti berikut:-

  1. Anda telah menyaksikan persembahan kebudayaan yang diadakan di tempat tinggal anda. Ceritakan acara-acara yang dipersembahkan dalam persembahan kebudayaan tersebut.
  2. Ibu bapa merupakan insan yang disayangi. Jelaskan perkara-perkara yang patut anda lakukan sebagai bukti bahawa anda menyayangi mereka.
  3. Anda akan menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah anda. Tajuk syarahan itu ialah ‘Muafakat Membawa Berkat’. Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.
  4. Sektor pelancongan memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara. Huraikan usaha yang perlu dilakukan untuk memajukan sektor pelancongan di negara kita.
  5. Anda telah membaca sebuah cerpen yang menarik. Tulis pendapat anda tentang cerpen tersebut.

Manakala bagi soalan terakhir iaitu Bahagian D (Novel), calon diminta menyatakan 3 contoh peristiwa yang terdapat dalam novel Tingkatan 3 berkenaan nilai, iaitu:-

  • Kanang Cerita Seorang Pahlawan – Nilai kegigihan
  • Panas Salju – Nilai kasih sayang
  • Merdeka! Merdeka! – Nilai kegigihan
  • Ekspedisi – Nilai kegigihan

1. Hatta (lalu/maka/kemudian dari)

  • Hatta beberapa lama Tuah menghilangkan diri, Jebat pun mula membuat angkara.

2. Kalakian (ketika itu)

  • Kalakian, Tuah dan empat bersaudara lain sedang berunding untuk belayar mencari ilmu.

3. Sebermula (pertama-tama/permulaan sesuatu kisah)

  • Sebermula, maka sampailah umurnya delapan belas tahun.

4. Arakian (arkian/sesudah itu/selepas itu)

  • Arakian, maka tersebutlah kisah sebuah negara yang rajanya baik pemerintahannya.

5. Syahadan (selanjutnya/lalu)

  • Syahadan datanglah kepada suatu hari, maka gajah itu pun sampailah.

Satu lagi piala berhijrah ke Kelantan…?
Kelantan berjaya menenggelamkan ego Selangor apabila berjaya membawa pulang Piala Sumbangsih 2011 dengan menewaskan pasukan Selangor 2 – 0. Gol-gol jaringan Idlan Talha dan Piya memastikan gergasi Lembah Klang tersungkur di halaman sendiri.
Tahniah buat Kelantan, teruskan kegemilangan bola sepak Cik Siti Wan Kembang…?

Kebiasaannya tajuk esei Bahasa Melayu 1103/1 yang sudah keluar pada SPM 2010 TIDAK akan keluar lagi pada SPM 2011…? Jadi bakal-bakal calon SPM 2011 bolehlah membuat persediaan atau latihan kepada tajuk-tajuk lain.

Cuba lihat apakah tajuk-tajuk esei yang ditanya melalui SPM 2010….?

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010

Dari / daripada…?

KATA SENDI DARI:

  • Digunakan untuk arah (A), tempat (T) dan masa (M)
  • Dari → ATM
  • Contoh ayat:-
  1. Dia datang dari belakang.
  2. Dia berasal dari Kota Bharu.
  3. Dari pagi lagi dia menanti awak.

KATA SENDI DARIPADA:

  • Digunakan untuk keanggotaan (K), abstrak (A), bandingan (B), organisasi/orang (O), dan sumber (S)
  • Daripada → KABOS
  • Contoh ayat:-
  1. Dia daripada pasukan badan beruniform.
  2. Daripada siasatan polis menunjukkan bahawa tiada unsur-unsur jenayah yang berlaku.
  3. Dia lebih bijak daripada saya.
  4. Dia menerima surat itu daripada cikgu.
  5. Kain itu diperbuat daripada benang sutera.

SINOPSIS

1

Ketika Maniam teringat akan anaknya dan Malini yang sudah ditinggalkannya selama dua puluh satu tahun itu, Seman datang berjumpa dengannya untuk mendapatkan pekerjaan di kebun getah itu. Maniam mengatakan bahawa bapa Seman ialah kawan baiknya suatu masa dahulu. Dia berjanji untuk membantu Seman yang terpaksa membina kehidupan baharu bersama-sama dengan emaknya kerana dia disuruh keluar dari rumahnya oleh Cina Panjang kerana semua harta termasuk tanah dan rumahnya sudah menjadi milik Cina Panjang itu. Sejak kematian bapanya, Seman kuat beribadat dan memohon doa kepada Tuhan supaya diberikan perlindungan dan pertolongan. Pada malam itu, dia singgah di surau untuk menunaikan solat Isyak sebelum pulang ke rumahnya. Seman mengajak emaknya meninggalkan rumah itu esok paginya dan mengatakan bahawa dia sudah mendapat kerja di kebun getah. Seperti yang dijanjikan, Maniam menunggu Seman dan emaknya lalu menunjukkan rumah kuli yang akan menjadi tempat tinggal mereka nanti.

2

Selepas Cing Huat memarahi, menampar dan menghalaunya pada suatu malam, Yew Seng sudah nekad untuk meninggalkan rumah pada pagi esoknya. Dia akan pergi ke sebuah lombong yang berhampiran dengan Cangkat Janggus dan bekerja sebagai kuli di lombong bijih itu. Yew Seng sering kali bertentangan pendapat dengan bapanya dan dia juga suka berkawan dan bermain dengan budak-budak Melayu terutamanya Lazim. Perkara yang dilakukannya itu memang tidak disukai oleh bapanya. Di samping itu, Yew Seng selalu bersimpati dengan Lazim atas kemunduran orang Melayu. Dia mengatakan bahawa orang Melayu sama sahaja dengan orang Cina dan mereka bukannya orang hutan seperti yang selalu didakwa oleh bapanya itu. Di lombong bijih itu, dia mengenali Kong Beng yang menjadi kepala kuli di situ.

3

Setelah dua tahun setengah meninggalkan kampungnya, Seman pulang dan bersembahyang Jumaat di masjid Kampung Nyiur Condong pada suatu hari. Di situ, dia bertemu dengan Lazim dan hasratnya untuk meminang Upik pula terpaksa dilupakan apabila Lazim memberitahu bahawa Upik sudah berkahwin dengannya. Walau bagaimanapun, Setelah dicadangkan oleh Lazim, Seman meminta bantuan Lebai Man untuk mewakilinya bagi merisik Gayah, anak Mat ranggi untuk dijadikan isterinya. Walaupun pada mulanya Mat Ranggi tidak bersetuju dengan hasrat Seman itu, tetapi akhirnya dia menyedari kesilapannya selama ini, iaitu dia terlalu mementingkan harta.

4

Seman akhirnya berkahwin dengan Gayah iaitu anak Mat Ranggi yang sudah dapat menerimanya sebagai menantu walaupun dia tidak berharta. Dia memberitahu Maniam bahawa dia mahu berhenti kerja kerana hendak pulang ke Kampung Nyiur Condong dan berkahwin dengan Gayah. Selepas berkahwin, Seman tinggal bersama-sama dengan bapa mentuanya, dan ibunya pula tinggal di pondok yang berhampiran dengan rumah Lebai Man untuk memudahkannya belajar agama bersama-sama dengan pelajar yang lain.

5

Apabila tentera Jepun masuk ke Tanah Melayu, keadaan menjadi tidak tenteram dan tentera orang putih mula mengundurkan diri. Orang-orang Cina pula gelisah dan takut akan tentera Jepun. Keadaan menjadi tidak tenteram kerana banyak berlaku rompakan. Sebagai contohnya, ada orang Melayu yang sanggup merompak kedai-kedai orang Cina untuk membalas dendam. Dalam satu rompakan di kedai Cing Huat pada suatu malam, Poh Eng hilang, tetapi dia telah diselamatkan oleh Seman. Seman membawa Poh Eng dan emaknya berlindung di rumah pekerja di kebun Cangkat Janggus. Pada suatu hari, tentera Jepun datang ke kedai Cing Huat dan bertanyakan Yew Seng yang menyertai kumpulan pengganas komunis yang diketuai oleh Kong Beng. Secara senyap-senyap, Yew Seng pula balik ke rumahnya pada suatu malam dan meminta makanan. Dia berjanji kepada bapanya untuk mencari Poh Eng yang hilang.

6

Selepas pengurus orang putih meninggalkan ladang mereka, orang Jepun pula yang mengambil alih pengurusan ladang. Walau bagaimanapun, orang-orang yang tidak dikenali telah menculik pengurus kebun Cangkat Janggus pada suatu malam. Poh Eng pula telah dibawa lari oleh abangnya, Yew Seng pada malam itu juga. Mak Limah telah ditangkap oleh Jepun berikutan dengan kehilangan pengurus Jepun di kebun Cangkat Janggus itu.

7

Maniam dan beberapa orang kuli dari kebun Cangkat Janggus pula telah ditangkap oleh Jepun disebabkan oleh kehilangan pengurus Jepun itu. Semasa dalam tahanan, Maniam telah diseksa oleh tentera Jepun. Walau bagaimanapun, dia telah bertemu dengan anaknya sendiri iaitu Inspektor Ramakrisynan yang bertugas di situ dan membebaskannya. Maniam meminta bantuan daripada anaknya itu, iaitu Inspektor Ramakrisynan supaya membebaskan Mak Limah. Cing Huat pula sangat marah apabila mengetahui Seman dan Mak Limah yang menyembunyikan Poh Eng.

8

Keadaan menjadi semakin gawat dan sukar kerana barang-barang keperluan sangat kurang dan harganya melambung tinggi. Orang kampung juga semakin susah akibat hasil pertanian mereka terpaksa dijual dengan harga yang murah kepada Jepun dan sekiranya mereka enggan, hasil pertanian itu akan dirampas dan tuan punyanya pula akan ditangkap dan dihukum. Kebun-kebun pula sering diserang oleh gerombolan komunis pada waktu malam dan pengurus-pengurusnya yang terdiri daripada orang Jepun itu ditangkap ataupun dibunuh. Lazim turut ditangkap oleh Jepun kerana menghasut orang kampung supaya jangan menjual padi mereka kepada Jepun.

9

Setelah Jepun tewas, orang Inggeris kembali ke Malaya dan pada masa itu berlaku penentangan terhadap pengganas komunis. Sementara itu, pengganas komunis pula semakin mengganas dan bertindak dengan kejam terhadap orang putih dan juga rakyat Malaya. Gerombolan pengganas komunis telah mengambil alih balai polis dan Inspektor Rama ditangkap kerana bekerjasama dengan Jepun. Namun begitu, Yew Seng berjumpa dengan Lazim yang secara kebetulannya ditahan di balai polis itu, dan dia terus membebaskan kawannya itu.

10

Orang Melayu yang diwakili oleh Lazim, Mail Jambul, dan Berahim mengajak orang-orang Melayu agar bersatu padu dan menentang gagasan Malayan Union yang hendak diperkenalkan oleh Inggeris. Kemudian darurat diisytiharkan di seluruh negeri kerana Parti Komunis Malaya melakukan pemberontakan untuk mewujudkan sebuah kerajaan komunis di wilayah-wilayah yang telah dirampas daripada tangan Inggeris. Mereka mengatakan bahawa perkara itu dilakukan untuk membebaskan seluruh Malaya daripada penjajahan Inggeris dan untuk mencapai matlamat itu, mereka terpaksa melumpuhkan ekonomi negeri ini terlebih dahulu. Oleh sebab itu, mereka terpaksa merosakkan kebun-kebun getah dan kelapa serta menghancurkan lombong-lombong bijih.
Sementara itu, Yew Seng dan Kong Beng kembali semula ke hutan untuk meneruskan perjuangan. Mereka menyerang kebun-kebun di kawasan itu pada setiap malam dan membunuh orang putih yang menjadi pengurusnya. Selain itu, mereka terus menyerang dan merosakkan pokok-pokok getah serta menghancurkan lombong bijih. Cing Huat pula telah dilantik sebagai pengerusi persatuan orang Cina di pekan kecil di kawasan tempatnya tinggal itu. Mereka berjuang untuk membersihkan nama orang Cina akibat dakyah pengganas komunis yang sesat itu dan memperjuangkan kebajikan orang-orang Cina. Orang-orang India juga mempunyai pertubuhan yang sama dan memperjuangkan kebajikan kaum mereka. Pertubuhan mereka itu dipimpin oleh Raman iaitu seorang guru yang pernah bertugas di kebun Cangkat Lima.
Suppiah dan dua orang anggota baharu gerombolan itu menangkap Maniam dan dibawa ke dalam hutan di tempat persembunyian gerombolan tersebut pada suatu malam. Ketika Suppiah hendak menembak Maniam, Poh Eng menyelamatkan Maniam dengan menembak Suppiah. Pada masa itu juga, Inspektor Rama dan pasukan keselamatannya melakukan serangan hendap terhadap gerombolan pengganas komunis itu. Dalam serangan tersebut pasukan keselamatan telah berjaya menewaskan gerombolan pengganas komunis. Yew Seng pula cedera parah di bahagian atas lututnya dan anggota pengganas yang masih hidup telah ditangkap.
Yew Seng dan Poh Eng sedar dan insaf akan perjuangan mereka yang sia-sia selama ini kerana tidak menyangka Kong Beng ialah anggota pengganas komunis yang anti-Inggeris, anti-Jepun, dan antipenjajah. Orang-orang di pekan Simpang Empat pula berasa gembira dan mereka hendak menyaksikan perayaan kemerdekaan yang akan berlangsung selama tiga hari dan tiga malam. Mereka semuanya berasa gembira apabila Malaya akan mendapat kemerdekaan daripada Inggeris. Seman dan isterinya Gayah, Yew Seng, Lazim, Mamat Labu, Pak Haji Man, Ah Hock, dan Raman akan merayakan kemerdekaan negara di Kuala Lumpur. Inspektor Ramakrisynan pula menjemput mereka datang ke rumahnya kerana bapanya hendak berjumpa dengan mereka.
Sumber: Cikgu Mohd Khir Kassim
  • jarang:
  1. Rambut pesakit barah itu semakin jarang.
  2. Gigi kanak-kanak yang kekurangan kalsium itu agak jarang.
  • jarang-jarang:
  1. Dia jarang-jarang menghadiri kelas malam.
  2. Amin jarang-jarang pulang ke kampung setelah kematian ibunya.
  • berapa:
  1. Berapa jumlah wang yang kamu ada?
  2. Pukul berapa dia tiba di rumah?
  • beberapa:
  1. Beberapa buah kereta terlibat dalam kemalangan itu.
  2. Tidak beberapa lama selepas itu, Hang Tuah muncul sambil menghunus sebilas keris.
  • menjemput:
  1. Kami sekeluarga pergi menjemput datuk di lapangan terbang Sultan Ismail.
  2. Saya terpaksa menjemput Ali di stesen bas kerana dia belum pernah datang ke Kota Bharu.
  • mengundang:
  1. Pihak sekolah mengundang penceramah ternama untuk slot kursus pada petang ini.
  2. Tindakan memandu secara melulu boleh mengundang bahaya.
  • baru:
  1. Dia baru tiba dari Pasir Mas.
  2. Baru-baru ini, satu kemalangan ngeri telah berlaku di selekoh berbahaya itu.
  3. Kereta baru ayah telah kemalangan.
  • baharu:
  1. Baju baharu saya berharga RM79.90.
  2. Saya baru saja mendaftarkan diri di sekolah baharu saya.

Selamat Datang ke SMS Tengku Muhammad Faris Petra…?

46,506 mohon ke tingkatan empat SBP

KUALA LUMPUR 18 Jan. – Kementerian Pelajaran menerima 46,506 permohonan untuk kemasukan ke tingkatan empat sekolah berasrama penuh (SBP) bagi tahun ini berbanding hanya 5,300 tempat yang ditawarkan.

Menurut kenyataan oleh kementerian itu hari ini, semakan mengenai keputusan pemilihan dan penempatan pelajar boleh dilakukan dengan melayari laman web http://www.moe.gov.my bermula hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 28/1/2011

Blog cikgu’ SuArA_KiLaT.com juga menyediakan kemudahan menyemak status permohonan ke Tingkatan 4 SBP 2011 dengan mengkliknya di bahagian ….’Rangkaian Blog’ di sudut kiri …

SONY PS3  tempahan …?

SECARA rasmi PS3 tersebut merupakan permainan konsol paling mahal dijual kerana ia telah diubah dengan ciri-ciri kemewahan yang tiada tandingan.

PS3 itu disaluti dengan kira-kira 1,600 gram emas padu 22 karat ditambah lagi dengan 58 berlian 26 karat di bahagian pemacu cakera khas.

Bagaimanapun, PS3 itu hanya dihasilkan sebanyak tiga unit dan berharga RM959,976.