Cikgu ada banyak menerima pertanyaan tentang ejaan sesuatu perkataan yang melibatkan kk dan k. Banyak pelajar yang masih keliru dengan penggunaan kk dan juga k.  Di mana nak guna kk dan di mana pula nan guna k?

SEBENARNYA begini, Untuk memudahkan pelajar faham dan tidak mungkin keliru lagi adalah berdasarkan pegangan mudah di bawah:-

  • kk biasanya digunakan kepada kata kerja (KK), contohnya:
  1. menggalakkan, digalakkan,
  2. membanyakkan, dibanyakkan,
  3. mendudukkan, didudukkan,
  4. meletakkan, diletakkan
  5. menembakkan, ditembakkan
  • k biasanya digunakan kepada kata nama (KN), contohnya:
  1. galakan, penggalakan
  2. kebanyakan
  3. kedudukan, pendudukan
  4. peletakan,
  5. tembakan
Advertisements