Kali ini cikgu mahu berkongsi maklumat tentang kaedah yang boleh diamalkan ketika menjawab soalan Bahasa Melayu Kertas 2(PMR): esei Bahagian B (Esei Berbantukan Bahan Rangsangan). Antara perkara utama yang perlu diberikan perhatian ialah:

  • Masa yang diperuntukkan hanyalah 25 minit sahaja; > Banyak pelajar yang menggunakan masa sehingga 40 minit atau lebih…?
  • Panjang esei mestilah TIDAK melebihi 120 patah kata; > Banyak juga pelajar yang mengarang lebih daripada 120 patah kata…? Kadang-kadang ada yang sampai 400 patah kata…?

Kaedah K232 boleh menyelamatkan keadaan…?

  1. Kaedah 232 ialah kaedah yang menetapkan hanya 13 baris ayat sahaja bagi esei soalan ini.
  2. 2 ayat > pendahuluan, 3 ayat bagi setiap perenggan isi ( 3 ayat X 3 perenggan ) dan 2 untuk perenggan penutup.
  3. Biasanya setiap baris ayat jumlah patah katanya lebih kurang 9 patah. ( 13 baris ayat X 9 = 117 patah kata )

Lihat acuan K232 di bawah:-

 

 

PENDAHULUAN

 

 

AR:

 

AA:

 

 

 

 

ISI PERTAMA

 

 

 

AJ:

 

AH:

 

AC:

 

 

 

 

ISI KEDUA

AJ:

 

AH:

 

AC:

 

 

 

 

ISI KETIGA

 

AH:

 

AJ:

 

UBI:

 

 

 

PENUTUP

 

 

 

AK:

 

AP:

 

Catatan:

  1. AR: Ayat rangsangan ( ayat tentang tema)
  2. AA: Ayat arahan ( ayat tentang tugasan / kehendak soalan )
  3. AJ: Ayat judul ( ayat tentang isi pokok)
  4. AH: Ayat huraian
  5. AC: Ayat contoh
  6. AK: Ayat kesimpulan
  7. AP: Ayat penegasan
  8. UBI: Ungkapan bahasa indah

 

Advertisements