Saya telah mengadakan perbincangan dengan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dan Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam semalam mengenai isu penggunaan novel Interlok sebagai komponen sastera (Komsas) bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima.

Pagi ini, saya, Palanivel dan Subramaniam telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri untuk mencapai kata sepakat bagi menyelesaikan isu ini.

Dalam semangat muafakat Barisan Nasional, kita telah bersetuju bahawa novel Interlok akan terus digunakan sebagai teks Komsas bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk murid Tingkatan Lima di Zon 2, iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan.

Namun, mengambil kira pandangan MIC, kita juga telah bersetuju untuk membuat pindaan pada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 28/1/2011

 

Advertisements