Archive for Februari, 2011


Kejohanan Hoki SBP Zon Timur 2011 di SBPI Kuantan masuk hari kedua. Pasukan SMS. Tengku Muhd Faris Petra (SMSTMFP) meneruskan kecemerlangan berganda. Kedua-dua pasukannya berjaya mencipta kejayaan yang lebih besar pada hari ini:-

  • Kategori Lelaki Bawah 17 tahun:
  1. SMSTMFP Vs SMS Hulu Terengganu: 7 – 0
  • Kategori Perempuan Bawah 17 tahun:
  1. SMSTMFP Vs SBPI Pekan: 6 – 0

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertama-tamanya cikgu ingin memohon maaf kerana agak terlewat untuk mengemaskinikan blog ini kerana kekangan masa yang tak dapat dielakkan. Sejak 23 sehingga 27 Februari 2011, cikgu akan berkampung di SBPI Kuantan kerana terlibat dengan Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh Zon Timur 2011. Sebagai jurulatih pasukan hoki SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP), sudah pastilah agak sibuk dengan jadual pertandingan dan pengendalian pasukan. Kejohanan ini melibatkan semua sekolah berasrama penuh di Kelantan, Terengganu dan juga Pahang. Pada hari pertama kejohanan (24/2/2011), pencapaian sekolah cikgu amat membanggakan:-

  • Kategori Perempuan:
  1. SMSTMFP Vs SBPI Batu Rakit: 3 – 0
  2. SMSTMFP Vs SMS Sultan Mahmud: 4 – 0
  • Kategori Lelaki:
  1. SMSTMFP Vs SMSAH: 4 – 0

Pendahuluan:-

Kepesatan pembangunan menuntut sebuah negara membangun seperti Malaysia menguruskan sistem pelupusan sisa pepejal domestik iaitu sampah dengan efektif. Kerajaan amat komited dalam aspek berkenaan dan ini terbukti dengan kewujudan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta agensi seperti Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara serta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA). Terdapat juga penggubalan Dasar Teknologi Hijau Negara. Di peringkat antarabangsa, Malaysia menandatangani Protokol Kyoto 1997 bagi menangani kesan perubahan iklim dan pemanasan global ekoran daripada kesan rumah hijau. Namun di sebalik komitmen itu, beberapa perkara memerlukan perhatian dan penambahbaikan segera terutama dari segi pengurusan tapak pelupusan sisa pepejal (sampah) di negara ini.

Isi Pokok: (Implikasi yang ditanggung masyarakat)

  • Kualiti hidup masyarakat terjejas;
  1. Bau busuk daripada longgokan sampah menyebabkan rasa tidak selesa dan boleh menjejaskan kesihatan anggota masyarakat.
  2. Pandangan negatif masyarakat luar.
  • Mempengaruhi pendapatan masyarakat;
  1. Menjejaskan peluang perniagaan masyarakat setempat terutamanya kepada pengusaha-pengusaha restoran, kedai makan dan lain-lain.
  2. Membantutkan kegiatan ekonomi seperti nelayan, petani dan pengusaha pelancongan.
  3. Menyebabkan berlakunya kejatuhan nilai harta seperti tanah dan rumah kediaman.
  • Menjadi sarang vektor-vektor pembawa bakteria dan virus;
  1. Boleh menyebabkan peningkatan kes keracunan makanan dalam kalangan masyarakat.
  2. Menularnya pelbagai jenis penyakit yang berbahaya.
  • Meningkatnya kos hidup anggota masyarakat setempat;
  1. Mendapatkan rawatan dan pemulihan ahli keluarga.
  2. Terpaksa berbelanja untuk kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan.
  3. Membeli peralatan mencuci dan bau-bauan.
  • Melumpuhkan industri pelancongan;
  1. Menjejaskan sumber pendapatan daripada industri pelancongan seperti hotel, chalet dan rumah tumpangan.
  2. Menjejaskan jumlah kedatangan palancong.
  • Menjejaskan ekonomi negara;
  1. Menjejaskan pendapatan anggota masyarakat.
  2. Menjejaskan peluang pekerjaan.
  3. Meningkatkan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat.

FARIS PETRA KE PUSINGAN KE-2 PENUH BERGAYA…?

Kejohanan Hoki MSSD Kota Bharu kategori 18 lelaki dan 18 perempuan pusingan awal berlangsung pada 17 dan 19 Februari 2011 di Stadium Austrotuf Perdana, Kota Bharu. Pada 17 Februari 2011, pasukan hoki lelaki bawah 18 tahun Sek. Men. Sains Tengku Muhammad Faris Petra telah menewaskan pasukan lawan dengan mudah. Mereka layak ke pusingan suku akhir dan akan bertemu pasukan Sek. Men. Teknik Pengkalan Chepa, pada petang esok (20/2/2011).

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN 18 LELAKI:

  • SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA VS SMK KETEREH: 6 – 0
  • SMK SULTAN ISMAIL VS SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA: 0 – 6
Pasukan hoki 18 perempuan SMS. Tengku Muhammad Faris Petra juga layak ke pusingan kedua setelah membelasah pasukan lawan dengan jaringan yang agak besar
KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN 18 PEREMPUAN:
  • SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA VS SMK KOK LANAS: 5 – 0
  • SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA VS SMK KEDAI BULOH: 3 – 0
  • SMK PENGKALAN CHEPA 1 VS SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA: 0 – 4

Foto ketika kejohanan…?

Warga Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan boleh berbangga kerana mendapat pengiktirafan tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia apabila diumumkan sebagai ‘Sekolah Berprestasi Tinggi’ (SBT), kohort ke-2 di Limbang, kelmarin. Sebanyak 23 buah sekolah terpilih dan dianugerahkan SBT pada kohort ke-2 ini. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP) sudah dianugerahkan ‘Sekolah Kluster Kecemerlangan’ pada kohort pertama beberapa tahun lepas.

SENARAI SBT KOHORT KEDUA:-

  1. SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ, TERENGGANU.
  2. SEK. MEN. KEB. JALAN EMPAT, SELANGOR.
  3. SEK. TUANKU ABDUL RAHMAN, PERAK.
  4. SBP INTERGRASI GOMBAK, SELANGOR.
  5. SBP INTERGRASI PEKAN, PAHANG.
  6. SBP INTERGRASI KUBANG PASU, KEDAH.
  7. SMS MUAR, JOHOR.
  8. SMS. TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA, KELANTAN.
  9. SMS. MIRI, SARAWAK.
  10. SMS. SERI PUTERI, KUALA LUMPUR.
  11. SMS. SELANGOR, KUALA LUMPUR.
  12. SMS. TENGKU ABDULLAH, PAHANG.
  13. SMS ALAM SHAH, KUALA LUMPUR.
  14. SK. ULU LUBAI, SARAWAK.
  15. SK. CONVENT MUAR, JOHOR.
  16. SK. SERI BIRAM, PAHANG.
  17. SK. SULTAN AHMAD TAJUDDIN, KEDAH.
  18. SK. STIAWANGSA, KUALA LUMPUR.
  19. SK. (PEREMPUAN) METHODIST KUANTAN, PAHANG.
  20. SK. SULTAN ISMAIL, TERENGGANU.
  21. SK. JALAN TIGA, SELANGOR.
  22. SJK CINA (PEREMPUAN) PULAU PINANG.
  23. SJK CINA LICK HUNG, SELANGOR.

Jika diteliti dan dibandingkan bahasa Melayu yang digunakan semasa berkomunikasi dengan bahasa Melayu yang dipelajari di bilik darjah, banyak sekali perbezaannya sama ada dari segi tatabahasa, ejaan mahupun dari segi makna. Percaya atau tidak?

Di bawah ini akan cikgu cuba berbicara tentang perbezaan ejaan perkataan yang sehingga kini masih mengelirukan semua pihak, terutama pelajar.

  1. mertua @ mentua > yang digunakan di bilik darjah ialah mentua.
  2. guris @ gores > gores yang betul.
  3. mustika @ mestika > mestika yang betul.
  4. istirehat @ istirahat > istirahat yang betul.
  5. merbahaya @ berbahaya > berbahaya yang betul.
  6. kerinting @ keriting > keriting yang betul.
  7. serunding @ serondeng > serondeng yang betul.
  8. pensil @ pensel > pensel yang betul.
  9. mendokong @ mendukung > mendukung yang betul.
  10. kekanda @ kakanda > kakanda yang betul.
  11. tips @ tip > tip yang betul.
  12. sireh @ sirih > sirih yang betul.
  13. selsema @ selesema > selesema yang betul.
  14. agen @ ejen > ejen yang betul.
  15. cincang @ cencang > cencang yang betul.

Nicklas Bendtner celebrates with matchwinner Andrei Arshavin

Arsenal claim comeback win

Arsenal beat Barcelona 2-1 in a pulsating Champions League game. David Villa put Barca in front as they dominated the first half, but it was a tale of two halves as Arsenal turned the tables. Two goals in five minutes from Robin van Persie (78) and Andrei Arshavin (83) swung the game.
KEPUTUSAN PENUH LIGA JUARA-JUARA EROPAH 17/2/2011:-
  • ARSENAL VS BARCELONA FC: 2 – 1
  • AS ROMA VS SHAKHATAR D: 2 – 3

Dua bintang Messi dan Van Persie…

 

Daripada 20 orang jutawan Malaysia, hanya 3 orang sahaja daripada kalangan orang Melayu. Mereka ialah:-

  • Tan Sri Syed Mokhtar Albukhari di tempat ke-7 dengan kekayaan RM8.84 bilion
  • Tan Sri Azman Hashim di tempat ke-11 dengan kekayaan RM3.9 bilion
  • Datuk Mokhzani Mahathir di tempat ke-19 dengan kekayaan RM1.6 bilion

Berdasarkan jumlah harta pada Januari 2011, dua orang yang terkaya di Malaysia ialah:-

  • Tan Sri Robert Kuok di tempat pertama dengan kekayaan RM50.04 bilion
  • Tan Sri Ananda Krishnan di tempat ke-2 dengan kekayaan RM45.78 bilion.

Sumber:  Suara_kilat.com

KLATE MENANG LAGI…?

KEPUTUSAN LIGA SUPER 15/2/2011:-

  • K. LUMPUR VS KELANTAN: 0 – 2
  • TERENGGANU VS SELANGOR: 2 -3
  • SABAH VS JOHOR FC: 0 – 1
  • KEDAH VS PERAK: 0 – 0
  • NEGERI SEMBILAN VS FELDA UNITED: 0 – 1
  • PAHANG VS T-TEAM: 1 – 0
  • HARIMAU MUDA ‘A’ VS PERLIS: 1 – 1

KEPUTUSAN LIGA PERDANA 15/2/2011:-

  • HARIMAU MUDA ‘B’ VS POS MALAYSIA: 2 – 1

Renyah: Watak protagonis…?

Watak protagonis ialah watak utama dalam sesebuah karya novel, cerpen atau lain-lain. Watak protagonis dalam novel Renyah ialah Datuk Dolhi.

  • Seorang usahawan berumur 60-an yang berjaya.
  • Lelaki Melayu dan beragama Islam.
  • Seorang pintar:-
  1. mencari peluang perniagaan di dalam mahupun di luar negara.
  2. sering diundang menyampaikan ceramah tentang perniagaan kepada usahawan muda.
  3. menghantar Wahi ke Jepun untuk mendapatkan teknologi terkini dan mempelajari budaya kerja orang Jepun.
  • Seorang yang rajin:-
  1. memantau projek.
  2. mengadakan perbincangan tentang pelaburan Gugusan Nusa Tiga yang melibatkan Johor, Singapura dan Batam.
  3. membaca buku untuk menambahkan pengetahuan.
  4. menghadiri bengkel public speaking.
  • Seorang yang penyayang:-
  1. menemankan Datin Tominah ke pertunjukan Busana Islam.
  2. berhasrat membelikan isteri keduanya sebuah kondominium.
  3. menghadiri majlis anugerah guru cemerlang anaknya Amera.
  4. mengambil berat tentang kebajikan anaknya Wahi.
  • Tidak tegas:-
  • mengahwini Tominah atas desakan keluarga walaupun sudah ada kekasih iaitu Mastura.
  • membiarkan anak-anak mengikut haluan sendiri walaupun dia berhasrat untuk membimbing anak-anaknya menjadi usahawan.