Mengesan kesalahan dalam ayat:-

  1. Rokiah dipulau rakan-rakannya oleh kerana sikapnya yang sukan mementingkan diri sendiri.
  2. Penghuni ibu kota akan balik kampung apabila menyambut sesuatu perayaan besar.
  3. Fatimah telah kehilangan kedua orang tuanya apabila mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya.
  4. Ali bertugas sebagai juru analisis di syarikat komputer itu.
  5. Temuduga itu diadakan untuk memilih para pekerja baru.
  6. Setiap pelajar mengharapkan sebuah kejayaan yang gemilang.
  7. Hadiah itu ayah terima ketika bekerja di kilang elektronik.
  8. Ibu memasakkan bubur untuk ayah.
  9. Cikgu sedang menceritakan tentang pengalamannya ketika berkhidmat sebagai seorang askar Melayu.
  10. Mayat-mayat mangsa serangan bom berani mati bergelimpangan di jalan raya.

Jenis kesalahan dan pembetulannya:-

  1. Penggunaan kata sendi: oleh kerana > kata sendi tidak boleh digunakan berturut-turut.
  2. Tiada kata sendi: balik kampung > balik ke kampung.
  3. Penggunaan kata bilangan himpunan: kedua orang > kedua-dua orang
  4. Penggunaan imbuhan kata pinjaman: juru analisis > juruanalisis
  5. Penggunaan kata majmuk: temuduga > temu duga
  6. Penjodoh bilangan: sebuah kejayaan > kejayaan
  7. Frasa ayat pasif: ayah terima > diterima oleh ayah
  8. Penggunaan kata kerja transitif: memasakkkan bubur > memasakkan ayah
  9. Frasa kerja transitif: menceritakan tentang pengalaman > menceritakan pengalaman
  10. Penggunaan kata ganda: mayat-mayat bergelimpangan > mayat bergelimpangan
    Advertisements