SEBUAH kereta yang ditenggelami air akibat banjir yang menenggelamkan separuh daripada rumah tersebut di Taman Sungai Gemas, Gemas, Negeri Sembilan, 1 Feb. Daerah ini merupakan kawasan paling teruk dilanda banjir di negeri ini sejak beberapa hari lalu.

KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (mengangkat tangan) meredah air banjir ketika meninjau keadaan banjir di Taman Angkasa Nuri, Melaka yang turut dinaiki air, di Melaka, 1 Feb. Kira-kira 4,000 penduduk dipindahkan dalam kejadian banjir di seluruh negeri itu sejak semalam. – Utusan/AZLI AHAD

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang yang baru memenangi pilihan raya kecil kawasan itu semalam, Mohd Azahar Ibrahim (kanan) memulakan tugasnya dengan melawat pusat penempatan mangsa banjir di Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah, Labis dekat Segamat, 31 Jan. – Utusan/NASIRRUDIN YAZID

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) dan isteri bertanya sesuatu dengan mangsa-mangsa banjir ketika melawat penempatan banjir di Sekolah Agama Labis, di Segamat, Johor 31 Jan. Sehingga kini lebih 23,000 orang dipindahkan di seluruh Johor akibat banjir. – Utusan/NASIRRUDIN YAZID

Sumber: Utusan Malaysia Online, 2/2/2011

Advertisements